awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taiping tersenarai antara 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia 2018

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/12/2018
04:02 MYT
Taiping tersenarai antara 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia 2018
Taiping memenuhi kriteria sebagai destinasi yang mengangkat konsep kehidupan lestari dan mapan. - Facebook/@Fascinating Taiping
Selepas Ipoh tersenarai antara tempat yang perlu dilawati, Taiping pula tersenarai antara 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia dalam Green Destination ITB Award 2018.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata, pada 21 Disember lalu, pihaknya menerima e-mel yang telah memaklumkan mengenai kejayaan itu.
Menurut beliau, Taiping adalah satu-satunya bandar yang mewakili negeri Perak serta Malaysia.
“Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan inisiatif ini,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Penuh bulan Disember MPT, pada Jumaat.
Sebelum ini, Taiping telah menerima Sijil Pematuhan ASEAN Clean Tourist City (ACTC) Standard 2017 pada Disember tahun lalu.
Abd Rahim berkata, usaha MPT untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam sebarang aktiviti atau program diteruskan pada tahun 2018.
Menurutnya, pada awal tahun ini, MPT telah mendaftar untuk menyertai Green Destination Award 2018 bagi kategori ‘Destination Management’.
Katanya, anugerah itu dikendalikan oleh ‘Green Destination Foundation’ dan adalah satu inisiatif kerjasama ‘Green Destinations, European Centre for Eco & Agro Tourism (ECEAT) dan Coastal & Marine Union – EUCC yang berpangkalan di Netherland.
Beliau memberitahu, MPT telah menggerakan beberapa sesi mesyuarat dan perbincangan dengan beberapa agensi serta jabatan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terperinci serta mendapatkan kerjasama bagi menjayakan penyertaan itu.
“Sebelum bulan September 2018, MPT telah menyusun dan mengemaskini maklumat-maklumat yang diperlukan oleh urus setia pertandingan dan menghantarnya melalui email,” ujarnya.
VIDEO BERKAITAN TAIPING:
HamzTravels: Discover Taiping (Ep. 1)
HamzTravels: Discover Taiping (Ep. 2)
HamzTravels: Discover Taiping (Ep. 3)
HamzTravels: Discover Taiping (Ep. 4)
HamzTravels: Discover Taiping (Ep. 5)
HamzTravels: Discover Taiping (Ep. 6)
Topic Berkaitan
#abd rahim md ariff
#anugerah
#Destinasi pelancongan
#eko pelancongan
#green destination
#Majlis Perbandaran Taiping
#pelancongan
#Perak
#Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan