awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri
Anak Tommy Lee Jones ditemui meninggal dunia di hotel mewah San Francisco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak boleh rentas negeri untuk temu duga kemasukan ke IPT - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2020
09:25 MYT
Tak boleh rentas negeri untuk temu duga kemasukan ke IPT - Ismail Sabri
Bakal mahasiswa tidak dibenarkan merentas negeri bagi menghadiri temu duga kemasukan ke universiti. - Gambar BERNAMA
Bakal mahasiswa tidak dibenarkan merentas negeri bagi menghadiri temu duga kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, keadaan itu tidak menghalang proses kemasukan ke universiti atau IPT lain kerana temu duga masih boleh dijalankan secara dalam talian.
“Kita memang tidak benarkan rentas negeri. Dua hari lepas, ada soalan berkaitan temu duga kerja yang memerlukan rentas negeri dan kita kata lakukannya melalui online (dalam talian) sahaja, sama juga dengan pelajar.
“Pelajar boleh buat temu duga melalui online (dalam talian) dan perkara ini telah pun berjalan. Universiti telah pun laksanakan secara online sejak April lalu,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya pada Jumaat.
Tambah beliau, mereka yang tiada akses Internet di kawasan rumah pula boleh menggunakan kaedah bersesuaian termasuk merakam video terlebih dahulu dan kemudian menghantarnya ke universiti.
"Mungkin ada soalan... bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tiada Internet, di luar bandar misalnya, universiti (sebenarnya) telah membenarkan mereka gunakan telefon bimbit atau pintar untuk buat video dan hantar kepada universiti mereka.
“Zaman sekarang ini tak semestinya temu duga secara bersemuka sahaja, boleh guna kaedah maya,” katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#mahasiswa
#Media
#menteri
#online
#pelajar
#Putrajaya
#rentas negeri
#temuduga
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan