awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang dari Labuan tak perlu buat ujian COVID-19 sebelum masuk Sabah

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
10/06/2020
05:02 MYT
Orang dari Labuan tak perlu buat ujian COVID-19 sebelum masuk Sabah
Mohd Shafie berkata, pihaknya memutuskan untuk memberi kelonggaran perjalanan masuk ke negeri itu. - Gambar BERNAMA
Kerajaan Negeri Sabah memberi kelonggaran supaya individu dari Labuan yang ingin masuk ke negeri itu tidak perlu menjalani ujian COVID-19 terlebih dahulu, pada Rabu.
Mereka termasuk penjawat awam, pekerja sektor swasta, penduduk Wilayah Persekutuan Labuan serta warga Sabah yang tinggal di sana.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, bagaimanapun semua individu terutama yang bukan rakyat Sabah dan warga asing, diwajibkan mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri seperti mengemukakan pas kerja dan dokumen lain yang masih sah.
"Pada hari ini, Sabah memutuskan untuk memberi kelonggaran perjalanan masuk ke Sabah melalui semua laluan dengan mengecualikan individu dari Labuan menjalani ujian tersebut (COVID-19).
"Bagaimanapun, bagi mereka yang bukan rakyat Sabah dan bukan warganegara Malaysia diwajibkan untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk melakukan ujian saringan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Sebelum ini, Sabah memutuskan untuk membenarkan semua perjalanan masuk rakyat Malaysia ke negeri itu tanpa menjalani kuarantin wajib.
Ia bagaimanapun dengan syarat mereka telah melakukan ujian COVID-19 di tempat atau negeri lain dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Sabah dan disahkan negatif.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kerajaan
#Ketua Menteri
#koronavirus
#Malaysia
#menteri
#Mohd Shafie Apdal
#PAS
#penjawat awam
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Sabah
#Shafie Apdal
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan