Hajat seorang lelaki berusia 20an yang mahu meragut rantai emas tidak kesampaian apabila beliau ditangkap polis dalam satu insiden di Jalan Masjid India, ibu negara, pada Jumaat.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah kejadian berlaku pada pukul 11.20 malam ketika mangsa seorang lelaki berusia 30an didatangi suspek yang menaiki sebuah motosikal.
“Suspek datang dari arah belakang dan menarik rantai emas di leher mangsa, bagaimanapun mangsa sempat mengelak dan rantai emas itu terjatuh di bawah.
“Suspek kemudian melarikan diri menggunakan motosikal dan abang ipar mangsa mengejar (berlari) dan sempat meminta bantuan anggota polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Munshi Abdullah.
“Semasa kejadian itu, suspek bertindak melanggar mangsa sehingga dia (suspek) sendiri terbabas sekaligus ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, akibat pelanggaran tersebut kedua-dua mangsa dan suspek mengalami kecederaan ringan.
Hasil siasatan mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan samun.
“Semakan motorsikal yang digunakan oleh suspek mendapati motorsikal tersebut masih lagi dilaporkan hilang.
“Polis merampas motosikal berkenaan, topi keledar, dua buah telefon bimbit, sebuah beg sailang, tiga anak kunci motosikal Yamaha, serangkai kunci, sarung tangan, alat penimbang, walkie talkie serta, sebilah pisau, cukai jalan motosikal, plug motosikal yang telah diubah suai, dan beg bewarna hitam yang mengandungi alat-alat disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri motosikal.
Suspek ditahan dibawah seksyen 392 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini.
Kejayaan tangkapan suspek peragut ini seiring dengan matlamat Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dalam mengurangkan jenayah ragut dan samun di ibu negara.
Afiezy Azaman
Sat Apr 27 2019
Hasil siasatan mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan samun. - Foto PDRM
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan
Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) membabitkan nilai RM2,000 ditahan.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu
Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang lewat petang tadi.
Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta
Dua anggota polis yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta.
Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600.
Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
Empat lelaki ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan empat lelaki semalam disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya, pada 19 Feb lepas.
Program Madani Rakyat: Polis IPD Kuala Selangor digerakkan jaga keselamatan
IPD Kuala Selangor akan menggerakkan keseluruhan anggota bagi memastikan kelancaran dan keselamatan awam sempena Program Madani Rakyat.
PDRM semak semula modul pengambilan anggota baharu, elak salah laku
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyemak semula modul pengambilan anggota dan pegawai baharu susulan beberapa kes salah laku melibatkan warganya baru-baru ini.