awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
Polis kenal pasti 16 lagi mangsa kebakaran bar di Crans-Montana
Bekas jurulatih NFDP keluar bukan kosong, tetap boleh bantu perkembangan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak setuju isytihar harta: "Kita ada pendapatan lain" - Najib

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/07/2019
09:56 MYT
Tak setuju isytihar harta: "Kita ada pendapatan lain" - Najib
Pengisytiharan harta oleh Ahli Parlimen pembangkang adalah tidak adil lantaran mereka juga mempunyai sumber pendapatan lain, kata Najib Razak. - Gambar fail Astro AWANI
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersetuju dengan inisiatif kerajaan mewajibkan Ahli Parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pengisytiharan harta oleh Ahli Parlimen pembangkang adalah tidak adil lantaran mereka juga mempunyai sumber pendapatan lain, selain elaun Ahli Parlimen.
“Kita (Ahli Parlimen pembangkang) bukan anggota badan eksekutif. Sebagai Ahli Parlimen, kita ada badan lain yang boleh siasat sekiranya ada apa-apa kesalahan.
“Kalau kita isytihar harta daripada punca pendapatan bukan sumber (elaun) Ahli Parlimen, misalnya kalau kita seorang peguam atau arkitek, kita ada punca daripada sumber lain.
“Kalau sumber lain itu masuk dalam satu akaun, kemudian diisytihar sebagai aset, jadi tak adil kerana pengisytiharan ini punca daripada pendapatan sebagai Ahli Parlimen,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan mewajibkan semua Ahli Parlimen mengisytihar harta mereka serta isteri atau suami dan anak kepada Speaker Dewan Rakyat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kelmarin, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta mereka termasuk isteri atau suami, anak serta pemegang amanah dalam Akuan Berkanun.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Pekan
#Kita ada pendapatan lain - Najib
#Najib Razak
#Tak setuju isytihar harta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan