Kedah boleh mula melupakan selain membatalkan sebarang hasrat untuk memiliki Pulau Pinang selepas penyerahan Sultan Kedah Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light melalui satu perjanjian penyewaan pada 1786.
Sejarahwan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, sebarang isu berkenaan penyerahan semula Pulau Pinang kepada Kedah juga telah terlalu lewat untuk dibincangkan mana-mana pihak.
"Ia sudah tertulis dari dahulu, perjanjian itu sudah termaktub dan kedegilan Francis Light untuk keluar dari Pulau Pinang juga sudah tertulis dalam sejarah.
"Sultan Kedah pada masa itu tidak dapat menghalangnya malah gagal menghalau Francis Light pada masa itu.
"Sekarang sudah terlalu lewat, takdirnya Pulau Pinang bukan milik Kedah lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: 'Francis Light tak berhak isytihar pembukaan Pulau Pinang' - Aktivis
Kay Kim mengulas kenyataan aktivis warisan, Salleh Yahya yang dilaporkan berkata, tumpuan pembangunan warisan di Pulau Pinang harus diberikan di tapak penempatan penduduk asal, kolonial dan imigran sebagai usaha mengekalkan warisan di negeri itu.
"Pulau Pinang telah pun dibuka dan diduduki di segenap bahagian pulau sebelum ketibaan Kapten Francis Light yang kemudian diisytiharkan sebagai pembuka Pulau Pinang. Light sebenarnya tidak berhak isytiharkan pembukaannya kerana Pulau Pinang milik Kesultanan Kedah," jelas Salleh ketika dipetik.
Dalam pada itu jelas Kay Kim, Kedah juga sudah tidak boleh menggunakan alasan sejarah lama untuk menuntut kembali Pulau Pinang.
"Sukar untuk dibuka kembali sejarah lama untuk dijadikan situasi Kedah mendapat semula Pulau Pinang.
"Faktor sejarah tidak boleh dipakai dan diberi faktor pergantungan dalam situasi ini, segalanya sudah terlambat," ujarnya.
Penyerahan Pulau Pinang oleh Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah Kedah pada ketika itu, kepada wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), Francis Light melalui satu perjanjian penyewaan.
Francis Light kemudian menamakan semula Pulau Pinang sebagai Prince of Wales, pangkalan British yang pertama pernah ditubuhkan di Tanah Melayu.
Wan Syamsul Amly
Tue Jul 07 2015
KAY KIM: 'Takdirnya Pulau Pinang bukan milik Kedah lagi' - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Sewaan Pulau Pinang telah lama terbatal
Isu sewaan Pulau Pinang telah terbatal sebaik sahaja PPTM 1948 ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan wakil British.
Guna media sosial perbetul sejarah Pulau Pinang - Ahmad Murad
Pengaruh media sosial akan digunakan untuk membetulkan sejarah Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light.
USM satu-satunya universiti di dunia diberi hak kaji koleksi digital surat Francis Light
Koleksi bersejarah itu bakal merubah lanskap sejarah Pulau Pinang malah juga di dunia apabila tercetusnya sebuah projek dikenali sebagai 'The Beacon of Light @ USM'.
Datuk Bandar Adelaide lawat Pulau Pinang, bincang inisiatif bandaraya pintar
Yew berkata Adelaide dan George Town adalah lebih daripada bandaraya kembar, yang terjalin sejak 1973, kerana kedua-dua bandaraya mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang sejarah.
'Pentadbiran British suatu ketika dahulu teratur, rasuah jarang berlaku' - Khoo Kay Kim
Wartawan Astro AWANI, Asyraf Hasnan dan Nizam Bakeri menemubual Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim untuk merungkai kegemilangan Malaysia.