awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takwim Penggal Persekolahan 2020 dipinda, cuti dikurangkan

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2020
11:19 MYT
Takwim Penggal Persekolahan 2020 dipinda, cuti dikurangkan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid. - Gambar fail
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid.
Pindaan melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang telah dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari bagi sekolah-sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan).
Selain itu, Cuti Akhir Tahun bagi sekolah-sekolah negeri dalam Kumpulan A telah dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari, manakala, sekolah-sekolah dalam Kumpulan B telah dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.
"Justeru, jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari bagi semua sekolah.
"Manakala, bilangan hari pembelajaran di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah sebanyak 56 hari bagi sekolah negeri dalam Kumpulan A dan bilangan hari pembelajaran di rumah serta bagi sekolah negeri Kumpulan B adalah 55 hari," kata kenyataan itu lagi.
Bilangan hari pembelajaran di rumah ini hanya terpakai kepada murid Tingkatan 5 dan 6 sahaja, sementara bagi murid lain bergantung kepada bila mereka akan kembali ke sekolah kelak.
Sumber Facebook KemPendidikan
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Facebook
#Kementerian Pendidikan
#Malaysia
#pendidikan
#pengajaran dan pembelajaran
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#rumah
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan