awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Instagram dilapor sedang bangunkan ciri keluarkan diri sendiri dari Close Friends
Anna’s Archive disaman AS$13 trilion oleh Spotify dan tiga syarikat muzik utama
Pentagon, Anthropic bertelagah isu penggunaan AI untuk senjata, pemantauan domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taman Rimba Kiara tidak pernah diwarta sebagai taman awam - Ku Nan

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2017
12:52 MYT
Taman Rimba Kiara tidak pernah diwarta sebagai taman awam - Ku Nan
Kementerian telah memberi perhatian terhadap aduan berkenaan sebelum pembangunan itu diluluskan. - Gambar fail
Taman Rimba Kiara tidak pernah diwarta sebagai taman awam, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Dalam satu kenyataan media, Tengku Adnan menjelaskan cadangan pembangunan perumahan mampu milik itu tidak membabitkan kawasan 5.32 hektar itu.
"Ia bagi kegunaan sebagai ruang terbuka dengan keluasan 5.32 hektar. Pembangunan ini langsung tidak membabitkan kawasan 5.32 hektar ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kebimbangan bahawa cadangan pembangunan perumahan mampu milik itu akan menjejaskan kawasan itu sebagai taman rimba.
Tengku Adnan berkata kementerian telah memberi perhatian terhadap aduan berkenaan sebelum pembangunan itu diluluskan.
"Kami telah mengadakan perbincangan dengan penduduk pada 20 Julai dan 3 Ogos tahun ini untuk menjelaskan bahawa pembangunan itu langsung tidak membabitkan Taman Rimba Kiara,” katanya.
Tengku Adnan juga berkata cadangan pembangunan itu juga akan membantu menyelesaikan masalah penduduk yang tinggal di rumah-rumah panjang sejak 30 tahun lepas.
"Saya harap orang ramai akan menyokong kami dalam usaha kami untuk menyediakan perumahan selesa di Kuala Lumpur khususnya untuk golongan miskin dan mereka yang memerlukan rumah mampu milik," katanya.
Topic Berkaitan
#Bantahan
#Malaysia
#mampu milik
#pembangunan
#perumahan
#taman awam
#Taman Rimba Kiara
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan