Tutup

Taman tema MAPS akhirnya tutup

Taman tema MAPS akhirnya tutup
MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Selepas beberapa berita mengenainya disiarkan media, taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini akhirnya ditutup mulai hari ini.

Taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Menurut notis itu, segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali.
Pada 4 Disember lalu, media tempatan melaporkan bahawa Affin Investment melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP, yang juga operator MAPS.

MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.


Tag: taman tema Movie Animation Park Studios, MAPS, ipoh, MAPS ditutup



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.