awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tampar pekerja Bangladesh, pengurus direman

Hakim Rahman
Hakim Rahman
19/10/2015
14:23 MYT
Tampar pekerja Bangladesh, pengurus direman
Penahanan lelaki berusia 30 tahun itu dibuat susulan laporan polis oleh majikan pekerja warga asing terbabit di Balai Polis Brickfields, pada tengah hari Ahad. -Foto YouTube
Polis menahan seorang lelaki yang bertindak menampar seorang pekerja cuci kereta warga Bangladesh di Subang Perdana, Sabtu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, suspek yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat itu ditahan sekitar Damansara pada Ahad malam.
"Suspek direman sehari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan," katanya.
Penahanan lelaki berusia 30 tahun itu dibuat susulan laporan polis oleh majikan pekerja warga asing terbabit di Balai Polis Brickfields, pada tengah hari Ahad.
Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian dan menunggu laporan perubatan mangsa untuk tindakan lanjut.
Rakaman video kejadian itu tersebar menerusi laman sosial.
Dalam rakaman CCTV itu, lelaki terbabit dilihat menampar muka pekerja kerana didapati mengotorkan kereta yang dicucinya sewaktu mahu mencuci cermin di bahagian dalam kereta.
Rakaman itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Topic Berkaitan
#Abdul Samah Mat
#basuh kereta
#Kanun Keseksaan
#pekerja Bangladesh
#Seksyen 325
#tampar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan