awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah adat Orang Asli akan diwartakan, tetapi...

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/08/2018
11:33 MYT
Tanah adat Orang Asli akan diwartakan, tetapi...
Sivarasa (kiri) menunjuk kepada sepanduk pada pagar yang dibina penduduk Orang Asli ketika lawatannya ke tapak sekatan balak di Kampung Kaleg, Pos Tohoi di Gua Musang, Kelantan pada Khamis. - BERNAMA
Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan berunding dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan wakil Orang Asli dalam masa terdekat sebelum mewartakan tanah adat kaum itu di Gua Musang.
Timbalan Menterinya, R. Sivarasa berkata, kerajaan sememangnya mengiktiraf hak tanah adat Orang Asli di pedalaman Kelantan sebagaimana yang dituntut mereka sejak lapan tahun lalu.
Bagaimanapun, bagi mewartakan tanah berkenaan, ia memerlukan masa dan rundingan dengan semua pihak terlibat, termasuk wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.
"Asas untuk tuntutan tanah adat itu tidak boleh dipertikaikan dari sudut undang-undang. Isu sekarang, kita mesti tentukan mana sempadannya dan kita mesti wartakan sempadan dengan jelas.
"Pencerobohan yang diadu oleh Orang Asli seperti pencerobohan oleh peladang-peladang durian dan pembalak, tidak boleh berlaku. Masalah ini telah bertahun berlarutan dan belum pernah diselesaikan," kata Sivarasa selepas perjumpaan dengan penduduk Orang Asli di sekatan laluan balak di Kampung Kaleg, Pos Tohoi di sini.
Sebelum ini, berlaku kekecohan di kawasan berkenaan apabila seramai 30 Orang Asli menghalang kenderaan dan jentera pembalakan dan pengusaha ladang durian 'Musang King' yang terletak di Pos Simpor.
Orang Asli mempertahankan tindakan mereka untuk melindungi tanah adat mereka.
Wakil kaum Orang Asli turut ke kementerian berkenaan tiga hari lepas bagi menyerahkan memorandum berhubung perselisihan yang berlaku.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
#Kerajaan Kelantan
#ladang durian
#Musang King
#Orang Asli
#pembalakan
#R Sivarasa
#Tanah adat
#tanah orang asli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan