Kerajaan disaran agar mewartakan kesemua tanah Felda yang dimiliki peneroka sebagai tanah rizab Melayu.
Cadangan itu dikemukakan Pengerusi Yayasan Peneroka Negara Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof kerana bimbang tanah akan bertukar milik kepada pihak lain ekoran banyak tanah di kawasan Felda dibangunkan untuk perumahan dan tujuan komersial.
"...tanah Felda yang dimiliki peneroka lebih kurang satu juta ekar (404,685.6 hektar) kesemuanya hendaklah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu yang mana ia dibolehkan di bawah perkara 89 (2) Perlembagaan Persekutuan.
"Dari statistik terbaharu saya, kita sangat bimbang kerana hari ini daripada 500,000 ekar (202,342.8 hektar) tanah komersial yang telah dibangun dan belum dibangunkan, yang hanya dimiliki oleh Melayu adalah dua peratus sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel melalui panggilan video bagi program 'Suara Profesor Negara Felda 2020: Berjayakah Transformasi Masyarakat Tidak Bertanah?' yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Bernama TV, pada Jumaat.
Program berkenaan adalah program kerjasama Bernama dan Majlis Profesor Negara dan boleh ditonton di Bernama TV.
Menurut Nik Mohd Zain, cadangan untuk mewartakan tanah Felda itu pernah disuarakan Majlis Tanah Negara kepada kerajaan namun ditolak oleh beberapa negeri.
"Semasa saya menjadi setiausaha Majlis Tanah Negara, yang mana ahlinya terdiri daripada 10 menteri di peringkat persekutuan, semua menteri besar serta ketua menteri.
Kita (Majlis Tanah Negara) telah mencadangkan supaya negeri-negeri mewartakan tanah Felda di bawah rizab Melayu, tetapi malangnya ada negeri tidak bersetuju kerana nilainya rendah," katanya.
Dalam pada itu, Canselor Universiti Nilai Prof Emeritus Datuk Tengku Shamsul Bahrin yang turut menjadi panel program tersebut berkata sudah tiba masanya untuk peneroka berdikari dan tidak terikat dengan Felda.
"...adakah Felda akan terus menjaga peneroka dari satu generasi ke generasi lain. Saya rasa masanya telah sampai, selepas 63 tahun, peneroka sepatutnya diserapkan dalam masyarakat dengan dianggap sebagai individu bukannya kelompok.
"Apa yang peneroka hendak buat dengan tanah mereka, itu terpulang. Saya rasa setakat ini Felda tidak tahu sama ada mereka akan menarik diri daripada menguruskan pentadbiran rancangan-rancangan ini atau membenarkan tanah rancangan ditadbir jabatan kerajaan lain.
"Pendapat saya, jika peneroka secara perseorangan ingin memajukan tanah sendiri, mereka ada pilihan dan tidak terikat kepada peraturan yang dikenakan Felda, mereka perlu kebebasan merancang kehidupan sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 03 2020
Nik Mohd Zain berkata, cadangan untuk mewartakan tanah Felda itu pernah disuarakan Majlis Tanah Negara kepada kerajaan namun ditolak oleh beberapa negeri.
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Anak autistik mampu berdikari jika dapat rawatan terapi awal
Kanak-kanak autistik mempunyai peluang lebih besar untuk hidup berdikari sekiranya diberikan rawatan terapi secepat mungkin.
Jangan biar anak jadi terlalu manja, biar dia urus sendiri
Jangan terlampau 'overprotect', bimbang anak terlebih manja dan bergantung pada mak ayah.
Kehidupan sukar tapi bukan mahu simpati - Bekas bintang Selangor
Duda berusia 56 tahun itu berkongsi antara ikhtiar hidup yang dilakukan selepas terkesan impak pandemik COVID-19.
Kajian pasukan petugas khas tambah baik kertas putih Felda - Idris Jusoh
Juga bertujuan menambah baik serta melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada April tahun lepas.
Tanah Felda perlu diwarta sebagai tanah rizab Melayu - Pengerusi Yayasan Peneroka Negara
Tanah dibimbangi akan bertukar milik kepada pihak lain ekoran banyak tanah di kawasan Felda dibangunkan untuk perumahan dan tujuan komersial.
Trend hantar anak ke pusat tahfiz: Usia terlalu muda kurang sesuai
Pada usia enam atau tujuh tahun, anak-anak ini masih memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa dan kebanyakannya masih belum mampu menguruskan diri sendiri dengan baik.
Terlalu bersama gajet hingga jarang bercakap dengan keluarga - TPM
Rakyat Malaysia disaran supaya menghadkan masa mereka dengan gajet dan memperuntukkan masa yang secukupnya dengan anggota keluarga dalam membentuk sebuah masyarakat yang kukuh.