awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Tanjung Bungah: 6 mangsa ditemukan, 5 lagi masih tertimbus - JBPM

Hilal Azmi
Hilal Azmi
22/10/2017
01:10 MYT
Tanah runtuh Tanjung Bungah: 6 mangsa ditemukan, 5 lagi masih tertimbus - JBPM
Hanya 11 mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan yang berlaku awal pagi Sabtu. -Astro AWANI / Saifuddin Mahmud
Hanya 11 mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan yang berlaku awal pagi Sabtu.
Pengesahan itu dibuat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat dekat Lembah Permai di Tanjung Bungah, pagi ini.
Menurut Penolong Ketua Pengarah Operasinya, Erwin Galan Teruki, pihaknya mendapat pengesahan bahawa tiga lagi mangsa yang pada awalnya terperangkap berjaya menyelamatkan diri.
“Dua yang selamat warganegara Bangladesh dan seorang warga Myanmar.
“Kami percaya usaha mencari dan menyelamat dapat diselesaikan menjelang petang ini memandangkan cuaca yang baik serta keperluan kami (untuk mendapatkan sebuah lagi jengkaut dengan lori pengangkut tanah) dipenuhi oleh pemilik projek ini.
“Kami juga telah mengenal pasti lokasi yang berkemungkinan lima lagi mangsa tertimbus,” katanya dalam sidang media pada pagi Ahad.
Empat mangsa ditemukan pada Sabtu manakala dua lagi awal pagi ini.
Mayat mangsa kelima dijumpai pada jam 2.30 pagi manakala mayat keenam pada jam 3.59 pagi ini.
Tambah Erwin, struktur tanah yang rapuh antara cabaran utama operasi kali ini.
“Dijangkakan 1,000 tan tanah terpaksa diangkut keluar bagi membantu operasi.
“Kedalaman kawasan carian melebihi 20 meter,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Erwin Galan Teruki
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#lembah permai
#tanah runtuh
#Tanjung Bungah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan