awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh: Tiada kemalangan jiwa di rumah peranginan TNB

Bernama
Bernama
25/12/2016
13:13 MYT
Tanah runtuh: Tiada kemalangan jiwa di rumah peranginan TNB
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tanah rumah melibatkan Rumah Peranginan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Tanah Rata, Cameron Highlands, hari ini. -Bernama
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tanah rumah melibatkan Rumah Peranginan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Tanah Rata, Cameron Highlands hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi berkata kejadian tanah runtuh pada 3.11 petang itu membabitkan satu unit banglo dikenali sebagai 'The Sharples'.
"Runtuhan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan bangunan dan empat kereta.
"Bomba telah mengarahkan 13 penghuni banglo itu supaya mengosongkan bangunan berkenaan kerana dikhuatiri berlaku runtuhan kedua," katanya semasa dihubungi hari ini.
Muhamad Haziq berkata pihaknya dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya bahawa usaha membaiki cerun di kawasan itu hanya boleh dijalankan selepas mendapat kebenaran TNB memandangkan kawasan terlibat adalah milik syarikat utiliti itu. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rumah Peranginan
#runtuhan
#Tanah Rata
#Tenaga Nasional Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan