awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Tongod: Operasi SAR tujuh mangsa hilang diteruskan - Bomba

Bernama
Bernama
03/04/2017
03:56 MYT
Tanah runtuh Tongod: Operasi SAR tujuh mangsa hilang diteruskan - Bomba
Operasi hari ketiga membabitkan 17 anggota Storm, lapan anggota MUST, 10 anggota PPDA Zon Sandakan serta 10 anggota BBP Keningau. - Gambar fail
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh mangsa termasuk tiga kanak-kanak dipercayai dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Ladang Sen Fu, Tongod, Sandakan, Sabtu lepas, diteruskan hari ini.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi hari ketiga itu membabitkan 17 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), lapan anggota Pasukan Multi-Skill Team (MUST), 10 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Sandakan serta 10 anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Keningau.
"PPDA Zon Sandakan memulakan operasi SAR di sungai Pinangah Kinabatangan bersama polis, sementara, anggota BBP Keningau, pasukan Storm dan MUST melakukan operasi bermula dari lokasi asal rumah yang hanyut iaitu di Sungai Labou ke sepanjang satu kilometer aliran sungai.
"Operasi pencarian mangsa masih lagi tertumpu di bawah timbunan kayu balak dan lumpur," menurut pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, pada 1 April, BBP Kinabatangan menerima panggilan dari Klinik Pinangah, Tongod pada jam 8.50 pagi menyatakan ada seorang mangsa dihantar ke klinik oleh orang awam dan selepas itu mangsa memaklumkan kediamannya di ladang itu dihanyutkan banjir lumpur.
Pusat gerakan operasi itu berkata kejadian itu hanya disedari oleh pekerja ladang terbabit selepas mendapati terdapat sebuah rumah di kawasan ladang berkenaan hilang sebelum memaklumkan perkara itu kepada BBP Keningau pada jam 10.30 pagi hari yang sama.
Pada kejadian 1 April itu, dua daripada 11 penghuni di rumah itu berjaya menyelamatkan diri, dua ditemui selamat di kawasan Pinangah dan berhampiran Kampung Masaung, manakala tujuh lagi masih belum ditemui.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#bomba
#hilang
#Kanak-kanak
#Keningau
#mangsa
#polis
#Sandakan
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan