awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tandas rosak, pesawat MAS MH19 lakukan pendaratan tidak berjadual di India

AFP
AFP
03/09/2015
00:58 MYT
Tandas rosak, pesawat MAS MH19 lakukan pendaratan tidak berjadual di India
Seorang jurucakap dipetik berkata MH19 kod pesawat baru selepas MH17 ditamatkan berikutan tragedi Julai 17, 2014 mendarat di Chennai, India ketika dalam perjalanan ke Amsterdam dari Kuala Lumpur. - Gambar Fail
Malaysia Airlines pada Khamis berkata salah sebuah pesawatnya terpaksa melakukan pendaratan tidak berjadual selepas tandas di dalam pesawat tersebut dilaporkan mengalami kerosakan, ketika ia sedang melakukan penerbangan di laluan sama dengan MH17, yang ditembak jatuh di Ukraine, tahun lalu.
AFP turut memetik syarikat penerbangan itu sebagai berkata pesawat penerbangan MH19 – kod pesawat terbaru yang diguna pakai elepas ‘MH17’ ditamatkan berikutan tragedi Julai 17, 2014 –mendarat di Chennai, India ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.
"Pesawat tersebut terpaksa mendarat kerana tandas di dalam pesawat tersebut gagal berfungsi," kata jurucakap itu.
Pesawat tersebut dijadualkan mendarat di Kuala Lumpur pada lewat pagi Khamis.
Pendaratan itu dilaporkan dua hari selepas syarikat penerbangan tersebut mula beroperasi di bawah syarikat baru, Malaysia Airlines Berhad – dalam usahanya membaik pulih syarikat tersebut berikutan beberapa tragedy membabitkan pesawat MAS.
Pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine dan menyebabkan kesemua 298 penumpang terbunuh selepas dipercayai ditembak peluru berpandu dari darat ke udara.
Empat bulan sebelum itu, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang hilang dari radar lebih sejam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, tahun lalu.
Laman pengesan penerbangan menunjukkan pesawat MH19 telah membuat dua pusingan besar di ruang udara India sebelum melakukan pendaratan.
Jurucakap wanita itu turut menyifatkan perkara itu kerana kekurangan petak meletak pesawat di Chennai, dan berlakunya prosedur biasa membakar minyak sebelum pendaratan dapat dilakukan.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Chennai
#India
#Malaysia Airlines
#MH17
#MH19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan