Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan yang terjejas di Jammu dan Kashmir.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata nasihat itu dikeluarkan ekoran keadaan semasa.
Menurut Wisma Putra lagi, Malaysia sedang memantau keadaan di Jammu dan Kashmir kerana negara ini mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan India dan Pakistan.
"Malaysia menggalakkan kedua-dua negara berjiran itu untuk berinteraksi semula dalam dialog dan rundingan bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku dan mencari penyelesaian yang baik," tambah kenyataan itu.
Dilaporkan bahawa pihak berkuasa India pada Jumaat memberitahu pelancong supaya meninggalkan Kashmir kerana 'ancaman keganasan', manakala laporan media menyatakan 25,000 ketumbukan tentera telah dihantar ke wilayah Himalaya yang bergolak itu.
"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dan perkhidmatan, boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi di 50-M, Satya Marg, Chanakyapuri, 110021 New Delhi atau hubungi +911124159300 dan +919319150306 (selepas waktu bekerja).
"Alamat e-mel Suruhanjaya Tinggi ialah [email protected]," menurut kenyataan itu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 06 2019
Laporan media menyatakan 25,000 ketumbukan tentera telah dihantar ke wilayah Himalaya yang bergolak itu. - Gambar fail
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
15 pekerja maut bas terjunam dalam lombong di tengah India
Sekurang-kurangnya 15 pekerja terbunuh selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam lombong di tengah India pada Selasa malam.
Harimau Muda atasi India 2-1
Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan menundukkan India 2-1 pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Doktor terpendek di dunia
Tiada siapa sangka seorang lelaki di India dinobatkan doktor terpendek di dunia apabila hanya mempunyai ketinggian tiga kaki atau 91 sentimeter.
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Dalam aksi di Birmingham itu, Zii Jia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 dalam masa 33 minit permainan.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Pelan Tindakan Masyarakat India akan diteliti semula
Satu sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk kumpulan fokus akan diadakan bulan ini.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Ahli politik antara 2 ditembak mati di India
Presiden parti INLD, Nafe Singh Rathee sedang menaiki kenderaan apabila penyerang yang tidak dikenali melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaannya.