awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanpa perjanjian, hotel dan kedai makan tidak boleh kenakan caj perkhidmatan

Hakim Rahman
Hakim Rahman
06/04/2015
05:28 MYT
Tanpa perjanjian, hotel dan kedai makan tidak boleh kenakan caj perkhidmatan
KPDNKK mengarahkan peniaga dalam sektor perhotelan dan restoran untuk tidak lagi mengenakan caj perkhidmatan berkuatkuasa hari ini. - Gambar Fail
Berkuatkuasa hari ini, semua restoran dan hotel tidak lagi dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya tidak mempunyai perjanjian bersama antara pekerja dan majikan.
Peniaga juga diwajibkan mempamerkan notis perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, sekiranya mahu mengenakan caj perkhidmatan.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata perkara itu akan dilaksanakan sehingga satu dasar baru diwujudkan.
Jelasnya pemberi perkhidmatan perlu menjelaskan alasan mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna.
“Pihak pemberi mesti tahu apa perkhidmatan yang dia dapat, kalau self service, service apa yang dia (peniaga) nak caj?
"Itu adalah hak pengguna untuk membuat keputusan dan tiada kadar caj perkhidmatan yang ditetapkan," katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Caj perkhidmatan atau tips merupakan amalan antarabangsa, di luar mana-mana kawalan dan terikat antara pengguna dan pemberi perkhidmatan.
“Setakat ini tiada badan yang mengawal selia isu caj perkhidmatan di Malaysia dan kerajaan menghadapi kekangan kerana tiada badan mengawal selia dan akta khusus
“Oleh itu, pentadbiran saya mengeluarkan arahan ini,” katanya.
Alias turut memaklumkan satu kumpulan kerja sudah diwujudkan melibatkan KPDNKK, Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia bagi meneliti dan mengkaji caj perkhidmatan di negara ini.
Topic Berkaitan
#Alias Ahmad
#GST
#KPDNKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan