Kerajaan negeri akan memohon untuk menjadikan Tapak Arkeologi Guar Kepah, di sini, sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Tapak Arkeologi Dunia.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, ia merupakan usaha untuk memelihara dan memulihara tapak penemuan rangka dipercayai milik manusia purba berusia antara 5,000 dan 6,000 tahun iaitu seorang wanita yang kini digelar ''Penang woman''.
"Kerajaan negeri bekerjasama dengan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM), Majlis Perbandaraan Seberang Perai, Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Jabatan Warisan Negara dari segi kepakaran bagi memastikan semua dokumentasi berkaitan tapak arkeologi itu direkodkan mengikut keperluan UNESCO.
"Kami akan menyerahkan semua maklumat dan dokumen berkenaan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk tindakan selanjutnya iaitu permohonan untuk memperoleh pengiktirafan UNESCO," katanya kepada pemberita selepas melawat Tapak Arkeologi Guar Kepah, di sini hari ini.
Rangka yang ditemukan ketika kontraktor dan PPAG menggali tanah untuk meletakkan batu asas pembinaan galeri arkeologi Guar Kepah 17 April lepas itu menyebabkan kerja pembinaan galeri dihentikan serta-merta manakala kerja penggalian untuk mencari artifak di tapak itu diteruskan.
Sementara itu, Pengarah PPAG USM Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin berkata pihaknya menjangka akan menemukan satu atau dua lagi rangka manusia zaman prasejarah Neolitik di kawasan itu berdasarkan beberapa perkembangan hasil kerja-kerja ekskavasi.
"Rangka wanita sepanjang kira-kira 1.5 meter yang ditemukan itu dipercayai berusia 35 tahun ketika mati dan kami masih menunggu keputusan ujian makmal bagi mengetahui punca dia meninggal dan tarikh sebenar usia rangka berkenaan.
"Pasukan saya telah meluaskan kerja ekskavasi iaitu kira-kira 300 meter persegi untuk mencari rangka lain dan kami jangka ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum menemuinya," katanya.
Mokhtar berkata rangka wanita itu dipindahkan dari Tapak Arkeologi Guar Kepah itu ke USM hari ini dan ditempatkan di sebuah makmal khusus untuk menjaga struktur tulang agar tidak rosak serta reput sebelum dibawa balik ke galeri arkelologi Guar Kepah yang dijangka siap Oktober ini.
Guar Kepah, tapak bersejarah yang lebih tua daripada Lembah Bujang dan Sungai Batu, Kedah merupakan satu-satunya lokasi di Semenanjung Malaysia yang menunjukkan bukti penempatan manusia zaman dahulu yang dekat dengan kehidupan laut. -- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017
Rangka wanita sepanjang kira-kira 1.5 meter yang ditemukan itu dipercayai berusia 35 tahun ketika mati dan keputusan ujian makmal masih ditunggu bagi mengetahui punca dia meninggal dan tarikh sebenar usia rangka berkenaan. - Gambar fail
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Tulang manusia berusia 1.4 juta tahun ditemukan di Burgos, Sepanyol
Tulang-tulang itu, ditemukan di dalam gua di tapak penggalian Sierra de Atapuerca berhampiran Burgos pada akhir Jun.
5 perkara tentang Karahantepe, wajah terbaharu warisan arkeologi
Turki sekali lagi berada di bawah lampu sorot dunia dengan penemuan tapak arkeologi manusia Zaman Batu Baharu atau Neolitik iaitu Karahantepe.
Gobeklitepe 'syurga' terbaharu ahli arkeologi
Ia mungkin tidak semasyhur Piramid Giza di Mesir mahupun Stonehenge di England, tetapi Gobeklitepe di Sanliurfa, Turki adalah sebuah projek impian atau syurga buat ahli arkeologi serata dunia.
Kilang minuman keras dipercayai tertua dunia dijumpai di tapak arkeologi Mesir
Kewujudan kilang bir itu pernah disebut ahli arkeologi British pada awal 1900-an, namun mereka tidak dapat menentukan lokasinya.
Rangka manusia purba Gua Niah Sarawak akan dibawa pulang dari Florida, AS
Rombongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak akan berlepas ke Florida, Amerika Syarikat minggu hadapan bagi bawa pulang 122 tulang pra-sejarah yang ditemui di Gua Niah pada 1966.
Najis manusia paling mahal di dunia dilengkapi perlindungan insurans
Najis berkenaan berharga AS$39,000 bersamaan RM161,405 selain ia lengkap dilindungi insurans.
Mesir dedah penemuan 50 mumia di tapak kubur usang
Penemuan itu termasuk 12 mumia kanak-kanak di dalam empat ruang pengebumian sedalam 9 meter di tapak bersejarah berkenaan.
Rangka remaja perempuan prasejarah dijumpai di Gua Chawan, Kelantan
Rangka manusia prasejarah yang dipercayai remaja perempuan berumur antara 6,000-8,000 tahun dijumpai di tapak Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Kelantan pada 2 November lalu.
Machu Picchu dinobat sebagai tarikan pelancong terkemuka dunia buat kali kedua
Negara Inca tersebut turut menggondol dua lagi anugerah iaitu Destinasi Kulinari Terkemuka Dunia (buat kali ketujuh) dan Destinasi Kebudayaan Terkemuka Dunia.
Inilah yang ditemui ahli kaji purba Mesir ketika keringkan takungan air di sebuah kuil usang
Patung tersebut berukuran 28 sentimeter lebar dan 38 sentimeter tinggi dan diukir dari batu kapur.