awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tapir sesat sebelum jatuh longkang

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2019
13:52 MYT
Tapir sesat sebelum jatuh longkang
Seramai enam anggota bomba bersama lebih dua puluh penduduk kampung beradu tenaga untuk menyelamatkan haiwan tersebut. - Foto Astro AWANI
Seekor tapir sesat berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke dalam longkang dalam kejadian di Kampung Tegaru, Manir, Kuala Terengganu.
Haiwan itu dikatakan terkandas di dalam longkang tersebut kira-kira jam 10 malam Sabtu.
Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba bersama penduduk kampung berjaya menaikkan haiwan yang dianggarkan seberat 200 kilogram itu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Junaidi Mohd berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.49 malam.
Katanya masa lebih sejam diambil bagi menaikkan haiwan berkenaan.
Seramai enam anggota bomba bersama lebih dua puluh penduduk kampung beradu tenaga untuk menyelamatkan haiwan tersebut.
Sementara itu Pengerusi Majlis Keselamatan dan Komuniti Kampung Kubang Tepak, Usop Omar berkata ini merupakan insiden pertama tapir tersesat di kampung mereka.
Tapir itu berjaya melepaskan diri ke dalam semak berhampiran sejurus dinaikkan.
Penduduk kampung akan memanjangkan perkara tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#jatuh longkang
#Kampung Kubang Tepak
#Kampung Tegaru
#Manir
#Perhilitan
#tapir jatuh longkang
#tapir sesat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan