Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tarik balik kelonggaran jika virus COVID-19 kembali - KP Kesihatan

Tarik balik kelonggaran jika virus COVID-19 kembali - KP Kesihatan
Noor Hisham Abdullah menyifatkan sifar kes penularan tempatan sebagai permulaan baik. -
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberi bayangan seolah-olah kelonggaran yang diberikan kepada rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada rakyat pada ketika ini, mungkin ditarik balik sekiranya virus COVID-19 menular kembali.

Katanya, jika situasi itu berlaku, kemungkinan besar negara terpaksa berbalik kepada keadaan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Jadi penularan kes (COVID-19) kembali, kita akan membuat seperti sebelum ini termasuk menutup semula kemudahan dan melakukan saringan seperti PKP dulu.

"Tujuan utama kita pada PKPP adalah membuka semua sektor dan memantau rapat kes penularan tempatan," katanya pada sidang media di Putrajaya, pada Rabu.
Sambil menyifatkan hari ini sebagai permulaan yang baik kerana negara merekodkan sifar kes transmisi tempatan, Noor Hisham memberitahu, rakyat Malaysia perlu mengekalkan momentum itu untuk 28 hari yang akan datang bagi membolehkan Malaysia diisytiharkan bebas daripada jangkitan itu.

"Saya pasti kita boleh," tambahnya. 

Malaysia mencatatkan sifar kes jangkitan baharu COVID-19 membabitkan penularan dalam negara dalam tempoh 24 jam.

Noor Hisham berkata, ia adalah angka harian terendah dicatatkan sepanjang tempoh gelombang kedua wabak berkenaan di negara ini.


Tag: Dr Noor Hisham Abdullah, PKPP, PKP, rakyat Malaysia, COVID-19, RMCO, Kementerian Kesihatan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.