awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarik kebenaran operasi zoo jika pengunjung gagal patuhi SOP

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/06/2020
07:32 MYT
Tarik kebenaran operasi zoo jika pengunjung gagal patuhi SOP
Ismail Sabri berkata, tindakan menarik balik kebenaran operasi zoo akan diambil sekiranya pengunjung gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan.. - Foto fail Zoo Negara
Kerajaan mungkin akan menarik balik kebenaran untuk zoo beroperasi sekiranya pengunjung gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu akan diambil bagi mengelakkan wujudnya jangkitan dalam kalangan pengunjung terutama kanak-kanak.
“Kebebasan yang diberikan tidak bermakna rakyat kita bebas melakukan apa sahaja.
“Saya percaya, zoo merupakan tempat tumpuan terutama untuk bawa anak-anak beriadah di hari minggu sebagainya, tetapi SOP mesti dipatuhi.
“Kebebasan yang diberi boleh ditarik balik sekiranya ia boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa terutama anak-anak kita yang melawat zoo tersebut.
“Jadi pelepasan yang diberi ini perlu kita jaga secara bersama sebab kalau ada kes positif COVID-19 di zoo kerana kegagalan kita mematuhi SOP, zoo mungkin akan ditutup semula,” ujarnya pada sidang media harian di sini hari ini.
Tambahnya, beliau turut dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa pihak petugas Task Force Operasi Pematuhan turut dihantar ke Zoo Negara untuk membuat pemantauan.
Pada Sabtu, tular di media sosial apabila orang ramai yang mengunjungi Zoo Negara dilihat tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebelum ini.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#Kanak-kanak
#kerajaan
#kes positif
#keselamatan
#Ketua Polis Negara
#koronavirus
#media sosial
#rakyat
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan