awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB lapor hampir 95,000 kes malnutrisi kanak-kanak di Semenanjung Gaza pada 2025
Pendengaran akhir prosiding bekas Presiden Korea Selatan hari ini
Selangor henti penternakan babi secara tradisional tahun ini - Menteri Besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarikh peperiksaan kendalian Kementerian Pendidikan dijadual semula

Bernama
Bernama
28/03/2020
10:22 MYT
Tarikh peperiksaan kendalian Kementerian Pendidikan dijadual semula
Penjadualan semula dibuat setelah meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran itu dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. - Gambar hiasan
Tarikh peperiksaan pusat dan lain-lain peperiksaan di bawah kendalian Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tahun ini dijadual semula berikutan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini bagi mengekang penularan COVID-19.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penjadualan semula dibuat setelah meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran itu dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Penjadualan semula itu melibatkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya bermula 5 Okt hingga 19 Nov, tetapi kini dipinda ke tarikh baharu iaitu 16 Nov hingga 7 Dis, 2020.
Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pula mengikut tarikh asal yang dijadualkan iaitu bermula pada 28 Sept hingga 6 Okt, namun terdapat perubahan subjek peperiksaan Bahasa Melayu ditetapkan pada 28 Sept dan Bahasa Inggeris pada 29 Sept.
Bagaimanapun, Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiada pindaan iaitu kekal pada tarikh asal 1, 2, 3, 7 dan 8 Sept, menurut kenyataan itu.
KENYATAAN MEDIA PENJADUALAN SEMULA PEPERIKSAAN BAWAH KENDALIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DISEBABKAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 pic.twitter.com/3cFqSnXG1m
— KPM (@KemPendidikan) March 28, 2020
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Kementerian Pendidikan
#koronavirus
#KPM
#Malaysia
#pendidikan
#peperiksaan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PT3
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan