Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Taska di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai 9 Jun ini

Taska di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai 9 Jun ini
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk membenarkan taska di negeri itu beroperasi semula bermula 9 Jun ini.
KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk membenarkan taska di negeri itu beroperasi semula bermula 9 Jun ini.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bagaimanapun prosedur operasi standard (SOP) yang ketat diperincikan oleh Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.
"Kita ambil maklum (keputusan) Kerajaan Pusat tetapi KWKPK di bawah Datuk Seri Fatimah telah memperincikannya. KWKPK sedang berhubung dengan semua pihak terlibat bagi menerangkan mengenai SOP yang ditetapkan," katanya pada sidang media harian COVID-19 pada Rabu.

Selain itu, tambah Uggah, JPBN Sarawak juga sedang memperhalusi SOP beberapa aktiviti ekonomi di Sarawak seeprti kedai gunting rambut, taman rekreasi, gimnasium dan kedai gambar.
Menurutnya SOP itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“kami memahami masalahnya. Itulah sebab jawatankuasa sedang melihat secara aktif SOP yang relevan. Dengan lengkungan yang mendatar, kami harap ia terus mendatar sekali gus membolehkan lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka," katanya.

Malah kerajaan pusat dan negeri juga ada memberi bantuan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk ringankan beban kumpulan terjejas ini.