Penggunaan Teknologi Mudah Alih Generasi Kelima atau 5G memberi kelebihan buat Malaysia mengharungi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0.
Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, negara sentiasa bergerak ke hadapan seiring dengan pembangunan teknologi terbaharu dengan mengambil contoh penubuhan Koridor Super Multimedia (MSC), di Cyberjaya 23 tahun dahulu dan kini dengan pengenalan teknologi 5G pula.
“Kini Malaysia merupakan negara pertama di Asia dan dunia untuk melancarkan infrastruktur sambungan generasi akan datang iaitu Teknologi Generasi Kelima atau lebih dikenali sebagai 5G.
“Selain teknologi robotik, 5G mampu meningkatkan keupayaan kita untuk mengambil bahagian dalam Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0). Ini akan membolehkan industri kita memanfaatkan sepenuhnya kecerdasan tiruan, robotik, data besar, realiti maya, dan kejuruteraan perisian.
"Ia akan membawa inovasi yang akan memberi impak besar kepada hampir setiap sektor termasuk pendidikan, pengangkutan, pertanian, penjagaan kesihatan, pembuatan, hiburan dan keselamatan awam,” jelas Gobind dalam ucapannya sempena pelancaran Pameran 5G di Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Khamis.
Mengulas mengenai harga dan pelaksanaan teknologi itu di negara ini Gobind berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diberi tanggungjawab untuk menyiapkan laporan khas berkenaan persediaan infrastruktur yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Malah Ujian Kepantasan akan dijalankan selama tempoh enam bulan sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan.
Menyentuh mengenai harga yang perlu dibayar pengguna, Gobind berkata perkara itu akan hanya akan diketahui selepas kesemua perkara terbabit diselesaikan.
Bagaimanapun kerajaan sentiasa akan memastikan harga teknologi mudah alih munasabah kepada rakyat.
Pameran yang dilancarkan hari ini berlangsung selama empat hari dan dibuka kepada orang ramai untuk mengalami sendiri pengalaman teknologi terbaharu oleh syarikat telekomunikasi dan peranti digital yang mengambil bahagian.
Fareez Azman
Thu Apr 18 2019
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo di majlis pelancaran Pameran Teknologi 5G di Putrajaya, hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Prestasi ringgit setakat 18 April 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat sedikit hari ini, seiring penurunan kecil Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.10 peratus kepada 106.153 mata.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Malaysia boleh raih manfaat daripada pengalaman 5G Telenor di sektor maritim - Fahmi
Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi.
Benarkah 5G ada ancaman radiasi untuk kesihatan manusia?
Selain sambungan lebih laju, ia juga membuka penggunaan baharu dalam IoT kerana jalur lebar yang tinggi dan kadar lengahan yang rendah.
Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Tiada bayaran tambahan untuk dapat akses 5G - Fahmi
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.
Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi
Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat Ranau mampu memberi manfaat kepada 500 penduduk dengan memberikan akses kepada internet.
Liputan rangkaian 5G di Melaka capai 69 peratus - Exco
DNB yakin sasaran 89 peratus liputan rangkaian 5G menjelang pertengahan Disember ini mampu dicapai melibatkan 225 lokasi.
Kerajaan mahu syarikat tempatan menerajui pembangunan penyelesaian 5G perusahaan
Dalam membangunkan ekosistem yang teguh, perlu ada usaha bersepadu dan kerjasama rapat pihak korporat, sektor awam dan pemboleh teknologi.
Belanjawan 2024: RM60 juta bangunkan rangka kerja pengujian keselamatan siber 5G
Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk membangunkan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G serta Kepakaran Tempatan Teknologi 5G, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.