Syarikat telekomunikasi (telco), Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd, YTL Communications Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM) terus menyokong keperluan kerja dan pembelajaran orang ramai dalam bentuk perkhidmatan internet percuma yang baharu.
Pengendali-pengendali talian berkenaan dalam satu kenyataan bersama berkata inisiatif industri secara bersama ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PENJANA) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Menurut kenyataan itu, Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM akan menawarkan produktiviti internet percuma 1 gigabait (GB) setiap hari, untuk digunakan antara 8 pagi hingga 6 petang, bagi mengakses pelbagai perkhidmatan pendidikan dan produktiviti yang berkaitan dari 10 Jun hingga 31 Dis 2020.
Ini akan menggantikan internet percuma kelajuan tinggi 1GB yang dibekalkan oleh telco kepada pelanggan dari 1 April sehingga 9 Jun 2020.
"Pelanggan boleh merujuk kepada telco mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara menebus tawaran internet percuma ini termasuk senarai perkhidmatan yang disertakan," kata kenyataan itu.
Telco ini juga akan terus menawarkan akses percuma dan tanpa had kepada pelbagai aplikasi serta perkhidmatan berkaitan maklumat untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa dikemaskini dengan berita terkini mengenai COVID-19.
Sementara itu, YTL Communications akan terus menawarkan inisiatif Belajar Dari Rumah yang merangkumi kad SIM percuma dengan data 40GB kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah kerajaan, pelajar dan fakulti dari institusi pengajian tinggi yang menjadi rakan kongsi.
Kumpulan itu juga akan menyediakan telefon bimbit percuma dengan data 120GB untuk pelajar yang layak dalam keluarga B40.
Selain itu, YTL Communications juga akan terus menyediakan kandungan pendidikan dalam talian percuma yang dibuat dengan kerjasama Teach for Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Katanya lagi, TM dan TIME dotCom Bhd memberikan sokongan kepada telco dengan menyediakan kapasiti serat tambahan bagi memenuhi keperluan trafik yang lebih tinggi sambil meneruskan penawaran mereka yang berkaitan untuk pelanggan sekarang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 05 2020
Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan TM akan menawarkan produktiviti internet percuma 1GB setiap hari, untuk digunakan antara 8 pagi hingga 6 petang.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter
Ikuti perkembangan terkini bersama wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud, langsung dari Ipoh, Perak untuk upacara penghormatan terakhir dan pengebumian 10 wira negara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan udara TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang dijangka sekitar jam 2 petang pada Rabu.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman
Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.