awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teliti semula prosedur, cara kerja pentadbiran kerajaan pasca COVID-19 - Muhyiddin

Bernama
Bernama
06/07/2020
03:11 MYT
Teliti semula prosedur, cara kerja pentadbiran kerajaan pasca COVID-19 - Muhyiddin
Prosedur dan cara kerja pentadbiran kerajaan perlu diteliti semula bagi mempermudah urusan pembangunan semula negara dalam keadaan normal baharu pasca-COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. -Bernama
Prosedur dan cara kerja pentadbiran kerajaan perlu diteliti semula bagi mempermudah urusan pembangunan semula negara dalam keadaan normal baharu pasca-COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata cara lama yang dilaksanakan sejak sekian lama tidak lagi sesuai dalam situasi pasca-COVID-19 yang memerlukan penjawat awam mengubah cara kerja dalam membekalkan perkhidmatan.
Pada perjumpaan pertamanya dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejak menerajui kerajaan pada 1 Mac lepas dan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas, beliau berkata lapisan-lapisan dalam membuat keputusan seboleh mungkin perlu dikurangkan dengan memberi kuasa tertentu kepada ketua-ketua agensi dan jabatan untuk membuat keputusan segera.
Katanya Ketua Setiausaha Negara pula boleh menjadi peneraju utama untuk mempermudahkan sekiranya kementerian atau agensi mempunyai perkara yang perlu dirunding supaya ia tidak menjadi isu yang boleh dikenakan tindakan juruaudit negara atau agensi-agensi penguat kuasa.
"Ini satu tindakan yang kita tidak dapat elakkan. Langkah-langkah sebegini adalah sebahagian daripada yang perlu kita fikirkan supaya urusan-urusan untuk memulihkan semula ekonomi negara dapat kita bantu dan selesaikan," kata Muhyiddin pada perjumpaan itu di Dataran Perdana, Perdana Putra, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#cara kerja pentadbiran kerajaan
#COVID-19
#Dataran Perdana
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan