Kabinet bersetuju untuk mengekalkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun lepas "Sehati, Sejiwa" untuk 2016 kerana perlunya memupuk semangat bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan di kalangan rakyat Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ketika Malaysia menghampiri sambutan Kemerdekaannya yang ke-59, semangat itu penting jika kita mahu melihat negara kita, dan rakyatnya mencapai kemajuan dalam dekad akan datang."
"Saya percaya bahawa tidak kira apa warna kulit atau bahasa pertuturan, terdapat nilai-nilai sejagat yang kita berkongsi bersama dan menyatukan kita," katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my di sini hari ini.
Salleh berkata, beberapa perkara dapat menyatukan rakyat seperti sukan, seni dan hiburan.
"Selain ikon favourite, juara dunia Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei, kita tidak kurang mempunyai ramai lagi atlet lain yang cemerlang yang telah mengibarkan Jalur Gemilang di pentas dunia dan mengharumkan nama negara," kata beliau.
Mengenai atlet Felicia Mikat, 16 tahun, yang cacat penglihatan tetapi merangkul tiga pingat emas pada Ssukan Para Asean ke-8 tahun lepas, dan atlet Paralimpik, Mohd Ridzuan Mohd Puzi dan Abdul Latif Romly yang kedua-duanya meraih emas pada Kejohanan Dunia Olahraga IPC baru-baru ini di Doha, Salleh berkata:
"Mana-mana ahli sukan akan memberitahu anda bahawa mencapai kecemerlangan dalam sukan adalah misi yang rumit tetapi ia lebih sukar apabila anda dilahirkan dengan ketidakupayaan."
Mengenai seni dan hiburan, Salleh berkata, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh telah mengangkat nama Malaysia melalui lakonannya, penyanyi dan komposer Yuna kini sebaris dengan ikon hiburan seperti Beyonce dan Rihanna apabila album terbaharunya menduduki sebagai satu daripada album R&B di carta tertinggi yang dikeluarkan tahun ini.
"Akhirnya, kita berbangga dengan pengarah filem Nadira Ilana, rakyat Malaysia yang pertama dipilih untuk melaksanakan projek filem dokumentari Australia yang meneroka penempatan luar bandar di seluruh Asia Pasifik," kata beliau.
Beliau berkata adalah membanggakan bahawa kita mempunyai ramai rakyat Malaysia yang menempa nama di pentas dunia dan kisah kejayaan ini meniupkan elemen-elemen yang boleh memberi inspirasi kepada negara dan menjadi kebanggaan menjadi warga Malaysia.
"Kita harus mempertahankan kemerdekaan dan mengekalkan semangat bersatu-padu. Marilah kita mengekalkan semangat bersatu dan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan perpaduan dalam apa jua yang kita lakukan," katanya.
Bernama
Fri Jul 01 2016
SALLEH: Semangat "Sehati, Sejiwa" penting sekiranya kita mahu melihat negara kita, dan rakyatnya mencapai kemajuan dalam dekad akan datang. - Gambar fail
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
KKM beri jaminan dedah data aefi vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global
Jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara.