awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tembakan di Christchurch, SKMM tidak bercadang tutup Facebook

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/03/2019
10:16 MYT
Tembakan di Christchurch, SKMM tidak bercadang tutup Facebook
SKMM tiada cadangan untuk tutup Facebook di negara ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak bercadang untuk menutup rangkaian Facebook di negara ini buat sementara waktu susulan penularan video insiden serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.
Pengerusinya, Al-Ishsal Ishak berkata, keputusan itu dibuat sebagai menghormati hak pengguna media sosial di negara ini selain termaktub pada undang-undang tertentu.
“Kita tidak mempunyai perancangan atau terfikir untuk menutup Facebook walaupun terdapat khabar angin mengenai perkara itu.
“Ini kerana kita hidup dalam lingkungan undang-undang (telekomunikasi) dan perlu ikut undang-undang tersebut,” katanya dalam sidang media di Menara SKMM, di sini pada Rabu.
Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor.
Terdahulu, SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan mesyuarat mengenai Jawatankuasa Jenayah Siber.
Dalam insiden tembakan rambang pada pada 15 Mac lalu di Christchurch, rakaman video ngeri yang dirakam penembak di luar masjid sebelum melepaskan tembakan ke arah orang ramai di kongsi secara ‘live streaming’ di laman Facebook sebelum dipadam syarikat terbabit.
Bagaimanapun, rakaman sepanjang 17 minit itu dikongsi secara berulang di laman YouTube dan Twitter dan ketika ini syarikat terbabit berusaha memadamkan rakaman terbabit.
Mengulas lanjut, Al-Ishsal menegaskan SKMM dan PDRM komited memantau sebarang penyebaran video atau maklumat yang boleh mengundang panik dalam kalangan rakyat di negara ini.
“Walaubagaimanapun, jika keadaan semasa semakin berleluasa, pihak SKMM dan PDRM akan mengambil tindakan tegas,” katanya.
SKMM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan pihaknya akan menutup akaun media sosial yang melanggar terma perkhidmatan susulan penyebaran video tembakan di Masjid Al Noor, Christchurch.
Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada Rabu melawat sekolah Cashmere High School di mana dua pelajar dan seorang bekas pelajar antara yang terkorban dalam serangan masjid di Christchurch minggu lalu.
Dalam perjumpaan tersebut, Ardern menyeru supaya golongan pelajar turut sama membantu kerajaan mengawal media sosial.
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Facebook
#New Zealand
#polis
#serangan pengganas di Christchurch
#SKMM
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#Tragedi Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan