Kempen Beli Barangan Malaysia merupakan antara fokus utama Tempatan Fest Universe 2019 yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Dis ini.
Pengarah Tempatan Fest Universe 2019, Mohd Nasir Abdul Rashid berkata acara dua hari itu akan lebih memperkasakan para usahawan kreatif tempatan dalam pelbagai bidang seperti rekaan, muzik, fesyen dan budaya.
"Kita buat acara ni untuk memajukan ekonomi tempatan, jadi lebih baik jika sokongan itu datang daripada rakyat Malaysia sendiri. Jika ada sokongan, jenama-jenama tempatan boleh lebih maju ke hadapan dan menghasilkan barangan yang lebih berkualiti.
"Barang-barang kita bukan sahaja dapat sambutan daripada warga tempatan malahan juga di luar negara," katanya kepada Bernama selepas sidang media Tempatan Fest Universe 2019 di sini, pada Khamis.
Tempatan Fest merupakan acara tahunan yang menghimpunkan jenama-jenama produk gaya hidup dan kreatif usaha belia tempatan sejak 2013, dan tahun ini ia akan diadakan di Encorp Strand Mall, Kota Damansara.
Menurut Mohd Nasir, Tempatan Fest telah menjalankan kempen membeli barangan buatan Malaysia secara semulajadi dengan menampilkan barangan kreatif usaha belia tempatan sejak awal penganjurannya lagi.
Jelasnya, barangan tempatan perlu dihargai dan diangkat lebih tinggi berbanding barangan import.
Dalam pada itu, acara tahun ini terbahagi kepada dua segmen iaitu Tempatan Fest dan Tempatan Stage yang menampilkan persembahan band-band dalam negara.
Antara artis yang akan membuat persembahan adalah OAG, Salammusik dan Blues Gang pada 28 Dis, diikuti artis-artis hiphop terpilih Malaysia seperti K-Clique, Benzooloo dan SonaOne pada hari berikutnya.
Kemasukan ke Tempatan Fest adalah percuma, manakala bagi mereka yang ingin menonton persembahan di Tempatan Stage perlu mendapatkan tiket di laman web tempatanstage.ubertickets.my.
Selain aktiviti jualan jenama tempatan dan persembahan artis, pengunjung juga akan disajikan dengan pertunjukan fesyen, pertandingan skateboard dan jualan makanan di sepanjang festival itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019
Tempatan Fest merupakan acara tahunan yang menghimpunkan jenama-jenama produk gaya hidup dan kreatif usaha belia tempatan sejak 2013. - Facebook Tempatan Fest
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
'Yuza San' kongsi budaya masyarakat majmuk Malaysia menerusi Majlis Perbandaran Hioki
Selepas mendapat banyak pendedahan mengenai Malaysia, ramai penduduk Hioki, sebuah bandar kecil di Wilayah Kagoshima, Jepun dilihat amat berminat dengan kebudayaan dan warisan negara.
Tradisi betitik oleh etnik Bajau Samah segar merentas zaman di Sabah
Tradisi betitik yang dimainkan di desa atau di bandar, mampu dikekalkan bergenerasi lamanya malah dipertandingkan secara tahunan.
'Kalau hilang budaya, apa lagi yang tinggal?'
Perjalanan ke Kg Long San Telang Usan, Baram, mempertemukan Astro AWANI dengan sepasang suami isteri yang mengabdikan diri kepada seni kraf.
[KOLUMNIS] Apa jadi kalau salah tingkah dan isyarat? Seni bahasa tubuh sendi budi bahasa
Bahasa tubuh adalah cerminan tingkah laku seseorang dalam pertuturan tanpa lisan.
Pempengaruh dunia puji budaya, keramahan rakyat Malaysia
Gambaran mereka tentang Malaysia ternyata jauh lebih baik daripada apa yang dikongsi warga asing lain.
Minoriti Siam Kelantan tidak rasa terasing, hidup harmoni dalam kemerdekaan
Asimilasi budaya yang telah sebati dan berakar umbi sejak zaman nenek moyang menjadikan mereka seperti bersaudara.
Kembara Kenali Borneo peluang kepada Agong, Permaisuri selami hati rakyat Sarawak
Kerajaan negeri telah mengatur pelbagai program untuk Seri Paduka berdua melawat pelbagai kumpulan etnik semasa kembara itu.
Festival Filem Thailand kembali ke Malaysia menerusi lima filem terkenal
Kedutaan Thailand di Kuala Lumpur selaku penganjur sekali lagi membawakan lima filem terkenal sempena Festival Filem Thailand di Malaysia untuk 2023.
Festival Amerika Latin pupuk kefahaman budaya kepada rakyat Malaysia
Festival itu akan menjadi jambatan untuk mengeratkan lagi persahabatan antara negara Amerika Latin dan Malaysia.
AirAsia penerbangan pertama hubungkan KL-Kertajati, Indonesia mulai 17 Mei ini
Langkah itu memenuhi misi mendemokrasikan perjalanan udara dengan menghubungkan destinasi yang kurang mendapat perkhidmatan di rantau ini.