awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh moratorium bauksit dilanjut hingga 31 Disember

Bernama
Bernama
29/06/2017
15:00 MYT
Tempoh moratorium bauksit dilanjut hingga 31 Disember
Stok simpanan bauksit di luar pelabuhan Kuantan pada peringkat awal pelaksanaan moratorium pada 27 Nov 2015 adalah 5.4 juta tan metrik.
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama Kerajaan Pahang bersetuju melanjutkan tempoh moratorium terhadap perlombongan dan eksport bauksit sehingga 31 Dis tahun ini untuk mengurangkan jumlah bauksit dalam stok simpanan.
Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini berkata beliau berharap lanjutan tempoh itu akan membolehkan bauksit dalam simpanan dikeluarkan secara terkawal berpandukan garis panduan yang ditetapkan kementerian.
Beliau berkata lanjutan moratorium itu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 tetapi sebagai tindakan terhadap aktiviti perlombongan haram yang dilakukan di tanah persendirian serta oleh syarikat yang tidak mengikut garis panduan sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar.
"Saya akan meminta agensi-agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap perlombongan haram di tanah-tanah persendirian dan syarikat yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata stok simpanan bauksit di luar pelabuhan Kuantan pada peringkat awal pelaksanaan moratorium pada 27 Nov 2015 adalah 5.4 juta tan metrik, namun tinjauan terkini oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan pada April lalu mendapati terdapat pertambahan pada stok tersebut.
"Dalam hal ini, pihak kementerian bersama kerajaan negeri Pahang akan mencari kaedah terbaik dalam menangani isu ini secara tuntas.
"Sehingga 8 Jun 2017, sebanyak 5.8 juta tan metrik bauksit telah dieksport keluar melalui kedua-dua Pelabuhan Kuantan, Pahang dan Kemaman, Terengganu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bauksit
#eksport bauksit
#Kementerian Sumber Asli
#Kerajaan Pahang
#perlombongan
#tempoh moratorium
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan