awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tempoh reman KSU dan seorang daripada dua anaknya dilanjut

Bernama
Bernama
11/01/2017
03:58 MYT
Tempoh reman KSU dan seorang daripada dua anaknya dilanjut
Pada 4 Jan lepas, KSU itu ditahan di rumahnya di USJ, Subang pada 8 pagi manakala dua anaknya ditahan selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, hari yang sama. - Gambar fail / BERNAMA
Perintah tahanan reman terhadap seorang ketua setiausaha kementerian (KSU) bergelar 'Datuk' dan seorang daripada dua anaknya berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dilanjutkan empat hari lagi.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan perintah tahanan reman KSU berumur 59 tahun dan anak lelakinya yang berumur 34 tahun bermula esok hingga Ahad ini.
Seorang lagi anaknya yang berusia 29 tahun dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Mahkamah sebelum ini mengeluarkan perintah reman tujuh hari ke atas KSU dan dua anak lelakinya itu.
Kesemua mereka ditahan pada 4 Jan lepas bagi membantu siasatan menurut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaaan serta Akta Pengubahan Wang Haram.
Terdahulu, KSU dan dua anaknya itu dibawa ke Mahkamah Majistret kira-kira 9.55 pagi dengan menaiki tiga kenderaan berasingan.
Pada 4 Jan lepas, KSU itu ditahan di rumahnya di USJ, Subang pada 8 pagi manakala dua anaknya ditahan selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, hari yang sama.
Kedua-dua anak lelaki KSU itu merupakan pengarah urusan dua syarikat berasingan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk
#KSU
#SPRM
#Tahanan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan