Tenggiling, mamalia unik yang dilindungi dalam kalangan spesiesnya di Sarawak akan dipertingkatkan tahap perlindungan kepada kategori 'Dilindungi Sepenuhnya' di negeri ini.
Dikenali sebagai Manis javanica dalam bahasa saintifiknya, tenggiling antara mamalia yang sering dirampas daripada urus niaga haram hidupan liar di Asia dan kini diambang kepupusan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak Sdn Bhd (SFC), Zolkipli Mohamad Aton yang menyukai haiwan berkenaan berkata pihaknya akan menjalankan kajian bagi mengetahui jumlah populasi terkini haiwan itu sebelum menghantar cadangan untuk meningkatkan tahap perlindungan haiwan itu kepada kerajaan.
Itu adalah langkah biasa dilakukan bagi peningkatan tahap perlindungan hidupan liar.
Bagaimanapun, jika terdapat satu penanda aras (dalam peningkatan tahap perlindungan tenggiling) iaitu daripada TRAFFIC, satu rangkaian pemantau urusniaga hidupan liar yang menasihatkan agar perbadanan itu perlu melakukan proses itu segera maka pihaknya akan memastikan proses itu diutamakan.
"Pada masa ini, dalam senarai tugas kita, kita akan lihat semula kita punya Pelan Induk Hidupan Liar, lepas tu ordinan yang berkaitan, tetapi jika ada penanda aras daripada pihak luar, kalau mereka kata kita perlu lakukannya, jika tidak (tenggiling) akan pupus, jadi kita akan utamakan (tahap perlindungan)," katanya kepada Bernama.
Di Sarawak, spesis 'Yang Dilindungi Sepenuhnya' tidak boleh disimpan sebagai haiwan peliharan, diburu, ditangkap, dibunuh, dijual, dimport atau dieksport, atau diganggu dalam sebarang keadaan atau memiliki apa-apa sahaja bahagian tubuh badan haiwan berkenaan.
Antara haiwan yang dikategorikan di bawah terma itu ialah monyet Proboscis, ungka Borneo, badak sumbu, dugong dan semua jenis penyu.
Zulkipli juga maklum bahawa di Sarawak jumlah populasi tenggiling masih banyak tetapi di negeri lain populasinya semakin mengecil.
"Jadi penyeludup nak masuk sini. Kita telah diberi amaran, jaga tenggiling anda," katanya.
"Katanya, ada banyak ubat, saya boleh sebut ada satu artikel oleh Persatuan Pemuliharaan Sedunia, dia kata kulit (tenggiling) dia sama dengan kuku kita ni, keratin, jadi sebenarnya tak ada nilai perubatan, tetapi kerana tradisinya, orang berusaha untuk mendapatkannya. Ada juga orang kata suka isinya, tapi binatang ini mana ada isi sangat," katanya.
Selain melindungi, Zulkipli berkata pihaknya akan memfokuskan terhadap penalti di mana SFC akan mengkaji semula ordinan berkaitan hidupan liar yang antara lain untuk meningkatkan penalti terhadap pesalah.
Pengarah TRAFFIC Asia Tenggara, Kanitha Krishnasamy dalam satu artikel awal tahun ini menimbulkan persoalan yang agak menarik mengenai penalti melibatkan kesalahan yang berkaitan dengan penyeludupan hidupan liar di negara ini dan mahu Kerajaan Negeri mengkaji semula enakmen dan tata cara mereka.
Memetik kes pada 7 Feb tahun ini di mana polis Sabah dan Jabatan Haiwan Liar Sabah telah menutup kilang memproses tenggiling dan gudang serta merampas 30 tan tenggiling dan anggota badannya, beliau dipetik sebagai berkata bahawa jumlah denda maksimum di bawah enakmen negeri itu langsung tidak menjejaskan keuntungan yang mungkin diperoleh sindiket berkenaan.
"Ini sangat penting kerana penalti kewangan yang paling teruk boleh dikenakan terhadap suspek berkaitan kes 7 Feb itu adalah denda sehingga RM250,000 di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah jika disabitkan kesalahan.
"Sementara itu, pihak berkuasa juga telah menilai barang rampasan berkenaan berjumlah RM8.4 juta, menjadikan hasil yang diperoleh sindiket berkenaan adalah 33 kali ganda daripada jumlah denda yang bakal dikenakan," katanya.
Tenggiling adalah haiwan yang mempunyai ekor pregensil dan gigi yang sikit, biasanya memakan semut dan anai-anai yang diambil dari sarang di pokok, tanah atau di bawah tanah dengan sarang serangga dibuka dengan kakinya yang kuat dan menjilat dengan lidahnya yang panjang.
Sejenis haiwan yang aktif pada waktu malam, tenggiling tidur pada waktu siang dalam lubang bawah tanah, sering bergerak perlahan dan mudah dilihat pada waktu malam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 14 2019
Tenggiling antara mamalia yang sering dirampas daripada urus niaga haram hidupan liar di Asia dan kini diambang kepupusan. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Harimau belang 'Yob Kuang' masuk perangkap
Kebimbangan penduduk susulan kemunculan seekor harimau belang jantan di Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini, berakhir apabila haiwan itu memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan Perak.
Semua kes gigitan anjing di Sarawak stabil, disuntik vaksin dan dirawat
Semua kes gigitan anjing di Sarawak dilaporkan stabil dan telah diberikan suntikan vaksin rabies serta rawatan Immunoglobulin Rabies (RIG), demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota polis maut ketika bertugas, motosikal terbabas elak haiwan liar
Mangsa lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda RS itu terbabit dalam kemalangan ketika sedang menjalankan tugas.
Seekor singa berkeliaran di bandar Karachi cetuskan panik
Singa berkenaan diserahkan kepada zoo di bandar raya itu dan pertuduhan jenayah sedang difailkan terhadap pemiliknya.
Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."
'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.
Penduduk Taman Sri Lambak resah kehadiran gajah
Seorang penduduk mendakwa dia sudah hampir setahun terpaksa berdepan dengan haiwan liar itu yang kerap menceroboh masuk ke laman rumahnya.
China: Usaha lindungi haiwan dan tumbuhan liar catat pencapaian menggalakkan
Antara spesies yang berjaya ditambah populasinya ialah panda gergasi, gajah Asia, harimau dan harimau bintang, ungka Hainan, burung sekendi berjambul dan pokok merpati.
Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang
Kejadian terbaharu itu merupakan serangan kedua dihadapi mereka selepas kali pertama berlaku pada Rabu, 4 Januari lalu.
Lebih separuh tumbuhan dan haiwan di Antartika mungkin pupus akibat perubahan iklim
65 peratus spesies tumbuhan dan haiwan Antartika, termasuk penguin, mungkin lenyap jika dunia tidak melakukan sesuatu.