awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Abdullah dilantik Pemangku Raja Pahang

Bernama
Bernama
13/01/2017
06:59 MYT
Tengku Abdullah dilantik Pemangku Raja Pahang
Pelantikan Tengku Abdullah telah mendapat perkenan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. - Bernama
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dalam surat rasmi kerajaan negeri bertarikh 28 Disember lalu, berkata pelantikan itu telah mendapat perkenan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
"Sehubungan itu, gelaran yang diperkenan baginda bagi urusan rasmi ialah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah," katanya.
Surat rasmi berkenaan diedar kepada media semalam.
Surat itu juga diedar kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen di Pahang, ketua jabatan negeri dan persekutuan, pegawai daerah serta ketua badan berkanun negeri dan persekutuan di Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Ahmad Shah
#Sultan Pahang
#Tengku Abdullah
#tengku pahkota pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan