awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Abdullah titah kawasan lombong bauksit terbiar dikambus

Bernama
Bernama
05/02/2017
02:02 MYT
Tengku Abdullah titah kawasan lombong bauksit terbiar dikambus
TENGKU ABDULLAH: Harus dikambus untuk keselamatan khususnya di kawasan perkampungan.
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Sabtu malam menitahkan pihak berkaitan dapat mengambus semula lokasi lombong bauksit yang terbiar di negeri ini.
Baginda bertitah langkah itu perlu dilaksanakan terutamanya di kawasan berdekatan penempatan penduduk bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti tiga kanak-kanak mati lemas di kawasan lombong bauksit pada Sabtu petang berulang kembali.
"Kita harap pihak pentadbiran dapat lihat tentang lokasi-lokasi lombong yang tidak digunakan, harus dikambus untuk keselamatan khususnya di kawasan perkampungan.
"Kalau boleh letakkan papan tanda tidak dibenarkan bermain di kawasan (bekas) perlombongan bauksit ini," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas mencemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengku Abdullah bertitah baginda sendiri akan mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian itu dan kawasan yang berkenaan.
Sementara itu, baginda turut melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan berharap mereka sabar serta reda dengan kejadian berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, dua beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, mati lemas ketika bermain di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lombong bauksit
#Pahang
#Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan