awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Hassanal selesai jalani kursus kententeraan, Tunku Azizah sambut dengan kesyukuran

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2019
07:42 MYT
Tengku Hassanal selesai jalani kursus kententeraan, Tunku Azizah sambut dengan kesyukuran
Selepas setahun menjalani kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, Tengku Hassanal yang juga Pemangku Raja Pahang akan kembali ke Malaysia. - Gambar Instagram
HATI ibu mana yang tidak girang menerima perkhabaran anak yang dikasihi sudah selesai pengajian dan bakal kembali ke tanah air untuk bersama keluarga.
Demikian juga perasaan yang barangkali sedang dirasakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika ini.
Putera yang dikasihi, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang menjalani kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom bakal kembali ke tanah air tidak lama lagi.
Khabar gembira itu dikongsi bondanya, Tunku Azizah dalam akaun Twitter peribadi baginda pada Selasa yang disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan oleh rakyat jelata.
Tunku Azizah turut memaklumkan, baginda bersama Yang di-Pertuan Agong juga akan menghadiri majlis perarakan pentauliahan Tengku Hassanal di Sandhurst pada 13 Disember ini. - Gambar Instagram
Tunku Azizah turut memaklumkan, baginda bersama Yang di-Pertuan Agong juga akan menghadiri majlis perarakan pentauliahan Tengku Hassanal di Sandhurst pada 13 Disember ini. - Gambar Instagram
Menurut Raja Permaisuri Agong dalam entri berkenaan, Tengku Hassanal bakal menamatkan kursus ketenteraan pada 13 Disember ini.
insha allah pd 13 dec, tamat lah kursus ketenteraan Hassanal di Royal Military Academy Sandhurst .... dan akan pulang balik Malaysia utk berkhidmat di Regiment 12 Melayu , Kuantan ... alhamdulillah , pic.twitter.com/aRon0qP437
— (@cheminahsayang) December 3, 2019
Sekembali ke Malaysia, Tengku Hassanal, titah baginda akan berkhidmat di Rejimen 12 Askar Melayu Diraja, Kuantan, Pahang.
Tunku Azizah turut memaklumkan, baginda bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri majlis perarakan pentauliahan Tengku Hassanal di Sandhurst pada 13 Disember.
Tuanku Agong dan saya sekeluarga akan hadir di majlis "Commissioning Parade" Tengku Hassanal di Sandhurst pd 13hb Dec ..... insha allah Pemangku Raja akan pulang ke tanah air selepas menunaikan Umrah pd bulan January nanti ....
— (@cheminahsayang) December 3, 2019
Tengku Hassanal yang menamatkan pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dalam bidang hubungan antarabangsa dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada 31 Januari lepas selepas ayahandanya memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Baginda mengikuti kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst selama setahun.
Royal Military Academy Sandhurst atau Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst merupakan pusat latihan tentera tersohor dunia.
Sejak berdekad lalu, sebilangan anak-anak raja Melayu dilatih dan dibimbing di akademi berkenaan. BACA: Tengku Hassanal dimasyhur Tengku Mahkota, Pemangku Raja Pahang
BACA: Kenali putera-putera raja Pahang yang tampan
Topic Berkaitan
#Pemangku Raja Pahang
#Raja Permaisuri Agong
#Royal Military Academy Sandhurst
#Tengku Hassanal
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan