Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tengku Hassanal titah semua masjid di Pahang buat solat hajat, doa selamat

Tengku Hassanal titah semua masjid di Pahang buat solat hajat, doa selamat
Baginda bertitah, ia juga sebagai usaha memohon agar Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu diberi kebijaksanaan
KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menitahkan semua masjid di negeri itu mengadakan solat hajat dan doa selamat pada malam ini dalam usaha menyelesaikan kemelut politik yang berlaku dalam negara. 

Baginda bertitah, ia juga sebagai usaha memohon agar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu diberi kebijaksanaan dalam membuat keputusan demi kepentingan negara dan rakyat.
"Istimewanya lagi pada malam Jumaat ini, penghulu bagi segala hari yang harap dimakbulkan oleh Allah SWT daripada doa sekalian hamba-hambaNya.

"Dengan ini, memohon sekalian umat Islam di Negeri Pahang khasnya, mendoakan ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan sekalian Raja-Raja Melayu agar diberi pembukaan serta kebijaksanaan daripada Allah SWT untuk membuat keputusan yang terbaik demi agama dan rakyat di tanah air yang kita cintai ini.
BACA: Tun M tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

BACA: Tiada majoriti bentuk kerajaan, serah pada Dewan Rakyat - Tun M


"Mudah-mudahan Kebawah Duli-Duli Tuanku sentiasa berada di bawah perlindungan dan pemeliharaan Allah SWT dengan rahmat dan kasih sayangNya," titah baginda dalam entri di laman Instagram, hari ini.

Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim selepas menerima peletakan jawatannya.

Perlantikan tersebut dilakukan sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.