Tutup

Tengku Mahkota Kelantan bakal berkahwin 19 April ini

Tengku Mahkota Kelantan bakal berkahwin 19 April ini
Tengku Mohamed Faziharudean (dua,kanan) semasa sidang media tersebut. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra , 45, bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan pasangannya, warga negara Sweden, Cik Sofie Louise Johansson, 33.

Menurut Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal majlis perkahwinan diraja itu bakal dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 19 April depan.
Beliau bagaimanapun memaklumkan majlis tersebut diadakan secara sederhana dan kecil-kecilan dengan hanya menjemput kerabat terdekat serta kenalan Baginda sahaja.

"Yang Teramat Mulia Tuanku turut bertitah agar cenderamata-cenderamata bersempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan-badan kebajikan di negeri Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK), rumah anak-anak yatim dan orang tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah.
"Yang Teramat Mulia Tuanku berharap agar sekelian rakyat dapat mendoakan perkahwinan baginda kelak akan dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT sehingga ke jannah," katanya pada sidang media di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra , 45, bakal mengakhiri zaman bujangnya. - Foto Pejabat Istana Kelantan

Untuk itu katanya, Majlis Pernikahan Diraja kali ini dibuat secara tertutup dengan jangkaan jemputan tetamu sekitar 300 orang sahaja.

Beliau berkata majlis akad nikah pasangan berkenaan akan dilangsungkan di Istana Balai Besar disusuli majlis persandingan yang turut diadakan di tempat yang sama.


Cik Sofie Louise Johansson, 33, merupakan kenalan baginda sewaktu belajar di luar negara dan perkenalan mereka sudah lama terjalin. - Pejabat Istana Kelantan

Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamed dijangka akan menyempurnakan majlis akad nikah pada malam 19 April nanti.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pasangan Baginda merupakan kenalan baginda sewaktu belajar di luar negara dan perkenalan mereka sudah lama terjalin.


Tag: perkahwinan, Kota Bharu, Tengku Muhammad Faiz, Cik Puan Sofie Louise Johansson, perkawinan diraja, kerabat Kelantan, bersanding



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.