awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Maimun, wanita pertama Ketua Hakim Negara kini bergelar 'Tun'

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/08/2020
03:31 MYT
Tengku Maimun, wanita pertama Ketua Hakim Negara kini bergelar 'Tun'
Tengku Maimun hari ini dikurniakan darjah kebesaran SSM yang membawa gelaran Tun. - Foto BERNAMA
Ketua Hakim Negara Ke-10, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Anak jati Kota Bharu, Kelantan itu menerima anugerah itu pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Ini fakta menarik berkenaan wanita pertama yang dilantik memegang jawatan tertinggi institusi kehakiman di Malaysia:
1. Ibu kepada empat orang anak ini merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di Universiti Malaya.
2. Pernah bertugas di Jabatan Peguam Negara, Majistret dan Mahkamah Sesyen, sebelum dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada tahun 2006.
3. Memulakan kerjaya pada tahun 1982 sebagai Pegawai Undang-Undang, Lembaga Kemajuan Kelantan (KESEDAR).
4. Pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Khas Hakim Besar Malaya dan Ketua Hakim Negara.
5. Menghakimi pelbagai kes berprofil tinggi seperti kes melibatkan kematian Altantuya Shaariibuu, M. Indira Gandhi, Karpal Singh dan Datuk Seri Najib Razak.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Tengku Maimun Tuan Mat
#undang-undang
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan