Ahli Parlimen disarankan agar mengisytiharkan harta masing-masing bagi mengelak berlakunya pertelingkahan kepentingan.
Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, pengisytiharan harta itu perlu dibuat secara berkala dengan penubuhan sebuah badan bebas yang dibentuk melalui Akta Parlimen.
"Satu perkara yang ada hubung kait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti.
"Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi ahli Kabinet dan ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka daripada sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang," katanya, ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan tidak seharusnya mempunyai masalah pertelingkahan kepentingan.
"Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan.
"Barang diingat pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius, perkara ini mungkin diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya," katanya.
Susulan ucapannya itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong (DAP) bangun mencelah dengan pertanyaan, adakah seorang Perdana Menteri perlu juga memegang jawatan Menteri Kewangan.
"Adakah Yang Berhormat Mulia bersetuju perkara ini tidak harus terjadi, perlu pengasingan antara Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan," kata Liew.
Menjawab soalan tersebut, Ku Li berkata, perkara itu terpulang kepada individu tertentu dan adalah hak seseorang Perdana Menteri untuk menjawat seberapa banyak jumlah jawatan yang diingininya.
"Itu bergantung kepada cara pemerintahan dan cara Kabinet itu dibentuk.
"Kalau nak pegang 10 jawatan itu hak dia, kita cuma nak tahu berkemampuan atau tidak orang tersebut untuk pegang banyak jawatan ini," katanya.
Astro Awani
Tue Mar 17 2015
Tengku Razaleigh sarankan ahli parlimen isytihar harta (Foto: Fail)
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.