Tentera Udara Diraja Malaysia serta Tentera Darat Malaysia diarah untuk bersama dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) helikopter yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Betong ke Kuching petang tadi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demikian dalam akaun Twitter beliau sebentar tadi.




Beliau dalam pada itu mendoakan supaya semua orang yang berada di dalam sebuah helikopter yang dilaporkan hilang itu selamat.

“Saya sekeluarga doakan penumpang dan kru sebuah helikopter yang dilaporkan hilang di Sarawak berada dlm keadaan selamat dan dipelihara Allah SWT,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman bdilaporkan berkata helikopter itu berlepas dari Betong pukul 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang.

DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.