Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini menafikan timbalannya, Teo Nie Ching, cuba mencampuri urusan silibus Pendidikan Islam.
Menurutnya, Teo hanya berkongsikan usaha yang dijalankan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang sedang menjalankan tinjauan berkaitan cadangan menambah baik mata pelajaran Pendidikan Islam.
"Survey (tinjauan) tersebut telah dikeluarkan di laman web Kementerian Pendidikan (KPM) dan kemudian timbalan menteri telah kongsikan di media sosial beliau.
"Lalu ada orang yang telah snap gambar tersebut dan timbulkan isu kononnnya timbalan menteri nak campur tangan dalam silibus Pendidikan Islam, itu tidak benar," katanya kepada media pada majlis jalinan mesra Menteri Pendidikan bersama warga Kementerian Pendidikan di sini hari ini.
Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai hantaran Teo dalam laman sosial Facebook miliknya yang mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk memberi pandangan dan idea kepada Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI).
PPKPI di bawah MPPK ditubuhkan pada 15 April lepas bagi melaksanakan kajian menyeluruh terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam bagi tujuan penambahbaikan.
MPPK dalam satu kenyataan pada Selasa (18 Jun) berkata PPKPI melaksanakan tinjauan dalam talian bagi melihat pandangan yang relevan dan sesuai untuk diambil kira bagi meningkatkan kualiti mata pelajaran Pendidikan Islam.
Maszlee berkata tidak timbul isu Teo mengumumkan perkara tersebut kepada umum atau dilihat mendahului dirinya memandangkan inisiatif MPPK itu telah diumumkan di laman web KPM terlebih dahulu sebelum dikongsikan oleh Teo di media sosialnya.
"Ia merupakan projek MPPK bukan projek timbalan menteri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2019
Menurut Maszlee, Teo hanya berkongsikan usaha yang dijalankan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang sedang menjalankan tinjauan berkaitan cadangan menambah baik mata pelajaran Pendidikan Islam. -foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
AWANI Pagi: Intervensi Pendidikan: Masa Depan Lebih Baik Buat Pelajar Tercicir?
Diskusi #AWANIpagi bersama Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim mengenai apa makna intervensi pendidikan yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Isnin kepada golongan murid tercicir.
Kemeriahan Festival Ramadan Putrajaya, tawar pengalaman tidak boleh dilupakan
Bila sebut tentang bazar Ramadan, perkara yang bermain di fikiran selalunya hanyalah makanan.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Presiden China dahului mesej ucapan tahniah terhadap pemilihan semula Presiden Putin
Xi berkata pemilihan semula Putin mencerminkan sepenuhnya sokongan daripada rakyat negara itu.
Isu stoking: Tindakan tegas harus diambil sekiranya berlaku kecuaian - IKIM
Mohamed Azam berkata tindakan itu sebagai pengajaran kepada semua pihak agar insiden seumpama ini tidak berulang di masa hadapan.
Langkah segera minimumkan kesan musim panas tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan itu akan diajukan oleh Isnaraissah Munirah Majilis kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mac 2024]
Antara fokus #AWANIpagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
- Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
- Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPD
#AWANInews
- KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
- Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
- Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPD
#AWANInews
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Mayat lelaki Australia ditemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Pencerobohan Rafah patahkan bantuan ke Gaza - PBB
PBB tidak boleh merancang operasi bantuan Gaza lebih awal kerana keadaan yang disifatkan sebagai tidak menentu.
Intervensi kurikulum: 'Tiada lagi keciciran pembelajaran bagi murid di peringkat asas' - Pakar
Anuar Ahmad, berkata penguasaan 3M dengan cepat akan memberi impak positif terhadap proses pembelajaran mereka.
Sesi persekolahan kembali kepada Januari-Disember pada 2026
Sesi persekolahan akan kembali bermula Januari, pada 2026, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
KPM umum empat intervensi kurikulum tangani isu keciciran pembelajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan empat intervensi kurikulum bagi menangani isu keciciran pembelajaran.
Isu sekolah padat: Sewa bangunan baharu antara tiga cadangan - Aiman Athirah
Menyewa bangunan baharu untuk dijadikan kelas sementara antara tiga cadangan dikemukakan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang bagi menangani isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya.
Pendidik perlu berani laporkan kes jenayah seksual libatkan murid
'Jangan diam, laporkan keganasan' telah dipilih sebagai tema bagi Konvensyen Kebangsaan Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual anjuran BHEUU.
Isu kepadatan murid di SK Cyberjaya sedang ditangani - KPM
Isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya sedang ditangani menerusi beberapa langkah.
Sekolah diseru langgan tiga akhbar utama berbahasa Melayu
Ia sebagai usaha memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.
Kantin dibuka: Saya tak mahu anak bukan Islam makan dalam stor - Fadhlina
Fadhlina berkata perkara itu bukan dasar baharu dan ia hanya dilaksanakan khusus untuk sekolah yang mempunyai murid bukan Islam.
'25 murid dalam kelas adalah munasabah, selebihnya beri kesan' - Pakar
Kajian dari luar negara bahawa kononnya bilangan murid yang ramai dalam kelas tidak mempengaruhi keberkesanan pengajaran adalah tidak tepat.
Murid teruja disambut guru berpakaian seragam sekolah sempena hari pertama persekolahan
Gimik dilakukan sebagai menyahut hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mewujudkan suasana ceria pada minggu pertama persekolahan.