Malaysia mungkin boleh berbangga dengan prestasi kadar kemiskinan bandar yang mencatatkan jumlah terendah di rantau Asia Tenggara.
Namun laporan kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menunjukkan kanak-kanak di negara ini yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah yang paling ramai mengalami masalah bantut dan kurus.
Dapatan sama menunjukkan masalah itu berpunca daripada kekurangan zat makanan dengan 10 peratus kanak-kanak penghuni PPR dikatakan menikmati kurang daripada tiga hidangan sehari.
Tinjauan Astro AWANI di PPR Kerinchi menunjukkan keluarga yang memiliki pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan hanya menyediakan satu lauk untuk makan tengah hari dan malam.
Nor Wahida Abdollah yang juga seorang peniaga yang membuka kedai makan bersama suaminya memiliki pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan mampu menyediakan lebih daripada satu lauk untuk anaknya.
“Lauk tengahari saya akan masak ikan dan sayuran. Pada sebelah malam saya akan masak mee goreng. Memandangkan anak-anak saya sukakan buah-buahan, mereka akan makan buah-buahan pada sebelah petang,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Berlainan pula kisahnya untuk seorang suri rumah, Norhayati Jamaluddin yang membesarkan tujuh orang anaknya dengan pendapatan suami sekitar RM2,000.
“Pada sebelah pagi saya beri mereka sarapan seperti roti bakar. Untuk lauk tengahari, saya akan masak lauk seperti asam pedas atau ayam goreng memandangkan harga ikan di pasaran yang mahal, saya akan panaskan lauk yang sama untuk dimakan pada waktu malam.
“Anak-anak tidak merungut sebab mereka sudah biasa hidup susah,” tambahnya.
Bagi Norsalasiah Kamaruzzaman pula, dia terpaksa berjimat cermat untuk membesarkan tiga orang anaknya memandangkan pendapatan suaminya yang tidak lebih daripada RM2,000.
“Anak-anak lebih berselera makan telur goreng dan kicap sebagai lauk tengahari dan malam.
“Saya pernah masak lauk seperti gulai tapi anak-anak saya tetap pilih telur goreng.
“Harga kicap pula bukan murah. Kalau yang botol kecil sahaja sudah berapa ringgit harganya,” jelasnya.
Salasiah juga hanya akan membeli ikan dan ayam sekali setiap minggu untuk tujuan berjimat.
Hasil laporan tersebut, UNICEF mengesyorkan agar isu kekurangan zat makanan kanak-kanak perlu diambil perhatian sewajarnya dan menjadi antara agenda utama negara.
Kaji selidik yang dijalankan itu melibatkan 2,142 kanak-kanak daripada 17 lokasi berbeza di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
TONTON: Kanak-kanak PPR alami masalah kekurangan zat - UNICEF
Wafa Aula
Wed Feb 28 2018
Keluarga yang memiliki pendapatan tidak lebih RM2,000 hanya menyediakan satu lauk untuk makan tengahari dan malam. -Foto Astro AWANI.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
7,000 jemaah meriahkan Semarak Subuh Johor bersama Astro
Lebih 7 ribu jemaah hadir mengerjakan solat Subuh sempena Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, di sini, pagi tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemunculan Siti Nurhaliza gamatkan suasana lokasi terakhir Jelajah Jiwa SME
Pelantun Aku Cinta Padamu ini turut menitipkan pesanan kepada usahawan muda agar tidak mudah putus asa dalam menjalani episod turun naik dalam perniagaan.
'Jelajah Jiwa SME' Astro AWANI di destinasi terakhir The Curve Jumaat hingga Ahad ini
Pengunjung berpeluang membeli produk-produk keluaran tempatan di samping mendapat akses terus mengenai informasi berkenaan keusahawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bakal Calon Presiden Indonesia, Dr Anies Baswedan di Agenda AWANI malam ini
Dalam rancangan Dzulfitri Yusop tersebut, Anies berkongsi visi dan misi beliau, sempena kempen Pemilihan Presiden Indonesia 2024