Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Terengganu bakal disertai golongan wanita tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohamad Shoki Hamzah.
Sekiranya menjadi kenyataan, Terengganu akan muncul negeri pertama dengan anggota wanita dalam unit itu, dan sebagai permulaan sebanyak 15 kekosongan dikhaskan untuk golongan itu.
"JBPM Terengganu mempunyai seramai 57 anggota PPDA dan masih mempunyai 15 kekosongan yang kita cuba isi dengan pegawai wanita," katanya kepada pemberita pada sesi latihan pengukuhan PPDA wanita di Pulau Perhentian di sini, pada Sabtu.
Menurut Mohamad Shoki, sehingga kini seramai 17 pegawai wanita telah dilatih selama enam hari di dalam kolam dan laut dan dikatakan berjaya menyahut cabaran tugasan.
Sementara itu, Pegawai Bomba Suria Othman, 36, yang berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, yang turut menyertai latihan PPDA berkata peluang itu adalah satu penghargaan dan pastinya mendapat sambutan.
"Kebanyakan antara kami ini boleh berenang, tetapi tidak tahu cara untuk mengawal pernafasan ketika berada di dalam air. Namun setelah diajar jurulatih kami dapat melakukannya dengan baik.
"Untuk menjadi sebahagian daripada anggota PPDA, ia memerlukan keyakinan tinggi," katanya yang telah berkhidmat selama 12 tahun dengan pasukan bomba.
Selain itu, Nurul Basirah Mohd Saifuddin, 20, yang berkhidmat di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota berkata pengalaman pernah terselamat daripada lemas sebanyak dua kali ketika zaman sekolah, menguatkan lagi keinginannya untuk menyertai pasukan PPDA.
"Apabila menyertai latihan PPDA ini, Kita dapat motivasi dan membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan kes lemas. Saya harap dapat membantu mereka yang lain sekiranya berlaku kes yang sama," katanya.
Mengikut rekod, pada 2017 seramai 22 orang ditemui lemas, tahun lepas seramai 31 orang manakala Jan hingga April tahun ini membabitkan lapan mangsa.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Shoki berkata Terengganu mencatat kebakaran hutan dan tanah gambut seluas 600 hektar dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Jumlah itu melibatkan 875 kes dan berpotensi meningkat, berdasarkan keadaan cuaca dan tindakan manusia yang tidak mematuhi arahan supaya mengelak membuat pembakaran terbuka.
Pada 2017, pihaknya menerima 762 panggilan kecemasan, melibatkan kebakaran seluas 6,201 hektar manakala pada tahun lepas sebanyak 1,266 panggilan (2,080 hektar).
"Kebakaran hutan yang besar ini dipengaruhi tiga faktor utama iaitu, fenomena monsun timur laut pada Mac, peralihan monsun pada April dan monsun barat daya antara Mei hingga Ogos. Jadi bila berlaku tiga peralihan monsun ini kita telah menerima jumlah hujan yang sikit," katanya.
Bernama
Sat Apr 20 2019
Pada 2017 seramai 22 orang ditemui lemas, tahun lepas seramai 31 orang manakala Jan hingga April tahun ini membabitkan lapan mangsa. - Gambar hiasan
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek