Terengganu yakin mampu mencapai sasaran kedatangan pelancong sehingga 4.5 juta orang tahun ini biarpun negara masih berada dalam fasa pemulihan akibat wabak COVID-19.
Exco Pelancongan, Ariffin Deraman berkata sasaran itu dibuat berdasarkan corak kemasukan luar biasa pelancong ke negeri ini selepas kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan disambung semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Mei lalu.
Beliau berkata bermula tempoh tersebut, kadar tempahan hotel di semua destinasi pelancongan termasuk di pulau-pulau peranginan meningkat dengan mendadak iaitu 90 peratus pada hujung minggu dan melebihi 60 peratus pada hari biasa.
"Pada awalnya kita sasarkan kemasukan pelancong seramai 5.4 juta orang pada tahun ini, tetapi disebabkan penularan wabak COVID-19, sasaran diturunkan kepada 3.8 juta kerana pelbagai faktor.
"Bagaimanapun, selepas melihat aliran kemasukan semasa pelancong bermula Mei hingga ke hari ini, kita optimis mampu capai 4.5 juta orang pelancong sehingga akhir tahun ini," katanya selepas merasmikan pelepasan peserta program Maghi Candat Sotong Terengganu 2020 di Jeti Pelancongan Marang, pada Sabtu.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Ab Rasid Jusoh.
Ariffin berkata menurut rekod, tempahan bagi rumah bot di Kenyir bagi waktu hujung minggu sudah penuh hingga Disember tahun ini manakala jumlah kemasukan pelawat ke Kenyir Elephant Village (KEV) yang sebelum ini sering ketandusan pelancong juga mencatat peningkatan mendadak iaitu sekitar 400 orang sehari pada hujung minggu.
Dalam pada itu, Ariffin turut mengingatkan semua pelancong supaya sentiasa mematuhi peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak penularan wabak COVID-19 yang belum berakhir.
Menurut beliau, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan telah mengedarkan risalah dan buku berkaitan SOP pada bulan lalu dan semua pihak wajib mematuhi arahan tersebut.
"Sebagai contoh program candat sotong kita hadkan hanya 10 orang dalam satu bot walaupun ia sebenarnya boleh memuatkan sehingga 20 orang pada satu-satu masa.
"Jika arahan ini tidak dipatuhi, kita akan ambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat bagi tujuan menjaga keselamatan semua orang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 11 2020
Ariffin Deraman berkata sasaran itu dibuat berdasarkan corak kemasukan luar biasa pelancong ke negeri ini selepas kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan disambung semula dalam tempoh PKPB Mei lalu. - Gambar fail
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pelajar tahfiz lemas ketika mandi sungai
Ahmad Mujahid Al-Faruqi Haimi lemas manakala rakannya yang lain berjaya diselamatkan orang awam.
Terengganu lancar COE2023 rancakkan sektor pelancongan
Kerajaan negeri menyusun pelbagai program menarik sepanjang tahun ini untuk menggalak serta merancakkan lagi sektor pelancongan.
Terengganu adakan PRN pada Mac atau Mei
Ariffin berkata, tarikh sebenar pembubaran DUN belum diputuskan namun beberapa perbincangan sudah diadakan.
Pas Terengganu sedia jika PRN diadakan lebih awal
PRN bagi tiga negeri di bawah pentadbiran PN iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah dijangka dilaksanakan secara serentak.
Bersatu dijangka bertanding di Parlimen Hulu Terengganu
Katanya, setakat ini tidak timbul masalah pembahagian kerusi di Terengganu kerana parti-parti komponen PN mempunyai kerjasama yang baik.
Tindakan tegas terhadap premis jejaskan sektor pelancongan Terengganu
Kerajaan Terengganu akan mengambil tindakan undang-undang lebih tegas terhadap mana-mana premis yang gagal mematuhi peraturan.
Terengganu kuat kuasa khidmat malim gunung bermula 2023
Terdapat 120 Malim Gunung Perhutanan di seluruh Terengganu dan jumlah itu dilihat cukup bagi memenuhi keperluan di lokasi berkenaan.
Pulau Redang, Pulau Perhentian bakal nikmati elektrik 24 jam
Projek Pulau Tenaga Hijau itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada tahun 2025 bagi memberi kemudahan kepada penduduk di sana.
Program Candat Sotong tarik penyertaan peserta luar negara
Program Candat Sotong Terengganu berjaya menarik penyertaan peserta dari Romania, Australia dan Indonesia.
JENDELA rancakkan industri pelancongan, kegiatan sosioekonomi di Terengganu
Pada tahun ini, sebanyak 81 menara telekomunikasi telah berjaya dinaik taraf, termasuk 26 menara di Hulu Terengganu.