Kerajaan negeri Terengganu akan menimbangkan pengharaman penggunaan belon helium dan hidrogen dalam sebarang acara rasmi di negeri itu.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya mengeluarkan arahan menggantung penggunaannya serta-merta sementara siasatan dijalankan susulan kejadian belon meletup di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu pada Jumaat.
Menurut Ahmad Razif, pihak berkuasa tempatan juga diminta menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap peniaga belon di pantai peranginan di negeri itu yang menggunakan gas tersebut.
“Kerajaan negeri akan melihat semula mana-mana majlis kita yang menggunakan belon jenis ini. Kita akan melihat balik melalui laporan dan kemungkinan kita tidak akan benarkan lagi penggunaan belon ini dalam acara-acara yang diadakan di negeri Terengganu.
Ahmad Razif ditemui selepas melawat mangsa belon helium meletup di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Menurutnya, kerajaan negeri sudah menerima laporan lengkap daripada Jabatan Kesihatan dan sedang menunggu laporan daripada beberapa agensi berkaitan.
Beliau berharap insiden yang berlaku tidak memberi kesan trauma dan kecacatan kekal kepada mangsa dan sebagai tanda simpati, pihaknya akan melihat keperluan yang boleh disalurkan, terutama kepada mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak.
Astro Awani
Sat Oct 22 2016
Terengganu mengeluarkan arahan menggantung penggunaan belon helium atau hidrogen serta-merta sementara siasatan dijalankan. -Gambar fail/AFP
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.
Aktiviti rasmi, tidak rasmi kerajaan, swasta di kawasan PKP masih tidak dibenarkan
Ismail Sabri berkata SOP berkaitan sektor pendidikan dan sukan, akan diumumkan oleh kementerian masing-masing.
Sambutan tahun baharu di Kelantan dalam skala kecil
Sambutan itu bukan acara rasmi sebaliknya diadakan sekadar mengingati "kita sudah bertambah umur".
Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak ditangguhkan
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata istiadat itu akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Obama tarik perhatian dalam kemunculan pertama selepas tinggalkan White House
Barack Obama membuat kemunculan awam yang pertama sejak meninggalkan jawatan sebagai Presiden AS dan White House, pada Isnin.
Terengganu pertimbang haramkan belon helium, hidrogen
Pihaknya mengeluarkan arahan menggantung penggunaannya serta-merta sementara siasatan dijalankan susulan kejadian belon meletup di Dataran Batu Buruk.