Kira-kira 12,700 penjawat awam di negeri Terengganu bakal menerima durian runtuh sebanyak RM400 seorang sebelum Aidilfitri ini.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pemberian bonus raya itu membabitkan peruntukan kira-kira RM5.1 juta.

Menurut Ahmad Samsuri, jumlah itu sedikit rendah berbanding negeri lain ekoran pemotongan wang tunai petroleum daripada kerajaan pusat.

"Pembayaran itu bermula pada akhir bulan ini sebelum Hari Raya dan semua pekerja, sama ada kontrak ataupun ad hoc, akan terima bayaran bonus itu," lata

Beliau berkata bagaimanapun jumlah itu sudah memadai untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam di negeri itu.

Pada tahun lepas kerajaan negeri memberikan bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam di negeri itu.