awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebarang usaha normalisasi seks songsang tidak akan dikompromi - KP Jakim
[TERKINI] PRK Kinabatangan, Lamag: SPR jangka peratusan keluar mengundi 65 peratus
Azeem Fahmi catat 6.60s untuk raih tempat pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tergamak tinggalkan bayi di mangkuk tandas, pelajar IPTA ditahan

Bernama
Bernama
01/04/2017
23:00 MYT
Tergamak tinggalkan bayi di mangkuk tandas, pelajar IPTA ditahan
Polis menahan seorang pelajar berikutan penemuan mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas di asrama IPTA itu. - Gambar hiasan
Apakah wajar meninggalkan bayi yang baharu dilahirkan di mangkuk tandas? Tidak di lokasi yang mudah ditemui bagi membolehkan bayi itu diselamatkan?
Namun, ini yang dilakukan seorang pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di utara tanah air, Khamis lalu.
Polis menahan pelajar itu berusia 20-an berikutan penemuan mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas di asrama IPTA itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Datuk Mohd Nashir Ya berkata, laporan penemuan itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu Jitra daripada orang awam kira-kira 5.20 petang hari tersebut.
Katanya, penuntut tahun pertama di IPTA berkenaan ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital awam.
"Punca kematian bayi masih dalam siasatan pihak hospital berkenaan.
"Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana buang bayi," kata Mohd Nashir menerusi kenyataan di sini pada Sabtu.
Suspek yang berasal dari Sungai Petani itu ditahan reman hingga Ahad. -- Bernama
Topic Berkaitan
#buang bayi
#ipta
#pelajar ditahan
#polis
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan