awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terima kasih anugerahkan saya Datuk' - KJ 'usik' Guan Eng

Luqman Hariz
Luqman Hariz
24/12/2018
09:52 MYT
'Terima kasih anugerahkan saya Datuk' - KJ 'usik' Guan Eng
Khairy yang sinonim dengan sifat lucunya di media sosial sempat menempelak Guan Eng gara-gara kesilapan Ahli Parlimen Bagan itu. - Gambar fail
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini sempat mengusik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ekoran kesilapan yang dilakukan dalam kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu.
Dalam satu kenyataan hari ini mengenai pengenalan semula mekanisme apungan harga minyak, Guan Eng tersilap merujuk kepada Khairy sebagai “Datuk Khairy Jamaludin”.
Dalam perenggan tersebut, Guan Eng berkata Khairy antara ahli kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakui masalah bayaran balik GST wujud, sekaligus menyangkal kenyataan bekas Perdana Menteri itu.
Khairy yang sinonim dengan sifat bersahajanya di media sosial tidak melepaskan peluang untuk berjenaka perihal perkara berkenaan.
Terima kasih @guanenglim kerana mengurniakan darjah kebesaran kepada saya yang membawa gelaran Datuk. Nanti PM detail upacara istiadat. pic.twitter.com/fIvDEISjRQ
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 24, 2018
Kementerian Kewangan pada 4.07 petang hari ini mengeluarkan semula kenyataan tersebut yang mengandungi pembetulan gelaran Khairy.
Khairy juga sempat membalas tweet Ketua Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Rais Hussin dan berkata beliau hanya berjenaka dan tiada sebarang niat jahat.
Just some light-hearted festive ribbing, bossku. No need to be so serious for the next few days.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) December 24, 2018
Topic Berkaitan
#Datuk Khairy Jamaluddin
#harga minyak
#Kementerian Kewangan
#Khairy Jamaluddin
#Lim Guan Eng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan