Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

"Terima kasih doktor atas usaha berani mendedahkan diri kepada COVID-19" - Tun M

"Terima kasih doktor atas usaha berani mendedahkan diri kepada COVID-19" - Tun M
Dr Mahathir mengagumi langkah berani petugas perubatan kerana sanggup mendedahkan diri kepada bahaya wabak COVID-19. Gambar Youtube @Chedet Official
KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan terima kasih kepada doktor dan petugas perubatan atas usaha berani memerangi wabak COVID-19. 

Sempena sambutan Hari Doktor Sedunia, Dr Mahathir menyifatkan usaha murni mereka itu adalah langkah berani kerana sanggup mendedahkan diri kepada bahaya wabak tersebut.
“Nasihat untuk tangani wabak COVID-19 datang dari doktor jadi kita perlu menerima nasihat mereka kerana mereka mendedahkan diri kepada wabak ini kerana mereka adalah ‘frontliners’ termasuk jururawat dan petugas perubatan.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang nampaknya tidak berhenti menjalankan tugas.
“Saya ucapkan terima kasih dari pihak saya dan isteri serta masyarakat umum kerana tugas seperti ini amat berat dan bahaya. Kesanggupan beliau mengetuai usaha ini amat dihargai,” katanya menerusi ucapan yang disiarkan di laman Youtubenya.


Pada masa sama, Dr Mahathir turut memuji kepakaran doktor di Malaysia kerana beliau pernah menjalani pembedahan jantung satu ketika dahulu.

Dr Mahathir percaya, dengan kepakaran doktor di Malaysia, mereka dapat menangani wabak COVID-19 ketika ini.

Di akhir video tersebut, isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah turut menggesek biola yang didedikasikannya buat para petugas perubatan.


Tag: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, doktor, petugas, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.